RM30.6 juta dadah Erimin 5 dirampas, 2 ditahan

RM30.6 juta dadah Erimin 5 dirampas, 2 ditahan

RM30.6 juta dadah Erimin 5 dirampas, 2 ditahan
Mohd Kamaruddin (tengah) pada sidan g media di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di Ipoh, hari ini. – NSTP/L Manimaran

IPOH: Polis melumpuhkan sindiket memproses dan mengedar dadah Erimin 5 bernilai RM30.6 juta selepas menyerbu sebuah banglo dua tingkat di Chemor, di sini, yang dijadikan makmal memproses bahan itu, Selasa lalu.

Dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada jam 9.30 pagi itu, polis turut menahan dua lelaki berusia 44 tahun yang dipercayai terbabit memproses dan mengedar dadah berkenaan.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din, berkata dadah Erimin 5 yang dirampas adalah dalam bentuk pil seberat 413.92 kilogram (kg) dan dalam bentuk serbuk, 25.33kg.



Katanya, beberapa mesin dan peralatan yang digunakan bagi memproses dan membungkus dadah turut dirampas, selain dua laras senjata api tiruan yang dipercayai digunakan bagi tujuan keselamatan diri.

“Ketika serbuan, dua suspek berkenaan ada di dalam banglo yang disewa dengan harga RM2,800 sebulan,” katanya pada sidang media di pekarangan IPK Perak, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Mohd Kamarudin berkata, sindiket dipercayai mula aktif sejak awal Mac lalu dan ujian saringan awal air kencing menunjukkan mereka positif dadah jenis amphetamine selain kedua-dua mereka juga didapati mempunyai rekod lampau kes jenayah dan dadah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dengan kedua-dua suspek direman enam hari bermula Rabu lalu bagi membantu siasatan.



Beliau berkata, operasi juga menyita sebuah kereta Toyota Altis, motosikal Honda EX5, dua cincin dan wang tunai RM1,624 yang disyaki diperoleh dari hasil jualan dadah dengan anggaran nilai keseluruhan barangan yang disita, RM34,186.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button