Agrobank perluas khidmat ATM ke kawasan pedalaman OAOSC

Agrobank perluas khidmat ATM ke kawasan pedalaman OAOSC

Agrobank perluas khidmat ATM ke kawasan pedalaman OAOSC
AGROBANK mengalu-alukan orang ramai membuka akaun di semua cawangannya.

AGROBANK, baru-baru ini, memperluas jangkauan perkhidmatan perbankan dengan menyediakan Mesin Teler Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM) ke kawasan pedalaman Orang Asli OneStop Centre (OAOSC) Kampung Bawong, Sungai Siput, Perak.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, langkah itu selaras dengan aspirasi kerajaan dalam memastikan rakyat terutama kumpulan tumpuan mendapat akses pantas dan mudah kepada perkhidmatan perbankan.

“Agrobank adalah bank pertama yang menyediakan perkhidmatan ATM dan CDM di Bawong dan berdekatan perkampungan Orang Asli di sekitar Kuala Kangsar.



“Memandangkan jarak ATM atau bank di Sungai Siput yang berada agak jauh, penduduk yang ingin menggunakan perkhidmatan itu terpaksa keluar dan bergerak sejauh 27 kilometer (untuk urusan berkaitan).

“Justeru, kami mengambil inisiatif ini dengan mewujudkan kerjasama strategik dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) Perak dan JKOA Kedah dalam meningkatkan tahap capaian penggunaan perkhidmatan perbankan asas dan berusaha menyokong keperluan masyarakat luar bandar.

“Kami anggarkan dengan adanya perkhidmatan ini, ia dapat membantu mempercepatkan urusan perbankan untuk kira-kira 15,000 orang,” tambahnya.

Bagi meraikan pengenalan inisiatif ini, satu majlis pelancaran diadakan dan ia disempurnakan Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.



Agrobank perluas khidmat ATM ke kawasan pedalaman OAOSC

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kebocoran maklumat IPIC, Najib akan terus di’zalimi’?

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button