Majlis Peguam membisu hal memo AGC bocor.
Oleh – Adam Malik
Amat pelik sekali jika hal ehwal perundangan yang sangat penting tidak diambil kira oleh Majlis Peguam.
Majlis Peguam hanya vokal dan muncul pada “selective issue” dan pada isu yang mereka ada kepentingan politik sahaja.
Namun, hendak menegur kepincangan proses perundangan sememang nya Majlis Peguam bukan pihak yang boleh diharapkan.
Baru baru ini tular berkenaan memo dalaman dari pejabat Peguam Negara yang telah bocor dimana pihak Timbalan Pendakwa dan penyiasat telah mengesahkan tiada kes dan tidak perlu meneruskan Enam kes terhadap Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Namun, kes tetap juga dibawa ke Mahkamah.
Ini sebenarnya satu pelanggaran undang undang bertaraf mega.
“ABUSE OF LAW” BERLAKU?
“Abuse of law” telah berlaku terang terangan.
Jika pihak penyiasat dan pendakwa sendiri telah dapati secara rasmi dan berfakta tiada bukti dan merit untuk pendakwaan, bagaimana pula DSNR dan Datuk Irwan Serigar terus didakwa?
Siapa pula yang boleh “over rule” pihak penyiasat dan pejabat pihak pendakwa?
Arahan teruskan datang dari ahli politik parti mana?
Sememangnya beberapa nama individu tertentu telah dipetik oleh beberapa pihak sebagai telah masuk campur untuk mempastikan DSNR terus didakwa.
Pihak pihak yang disebut itu dikhabarkan ada kaitan dengan beberapa ahli politik yang masih aktif.
Malah ada juga yang menyatakan berkemungkinan ada sogokan telah berlaku.
Namun sehingga kini belum ada siasatan lagi.
Berbalik kepada isu, kemanakah pergi nya Majlis Peguam?
Sudah tidak aktif lagi kah?
Majlis Peguam sanggup turun kejalan raya untuk membela hakim yang duduk mendengar kes DSNR , yang ada kes “conflict of interest”.
Namun, apabila didapati ada terdapat pelanggaran etika dalam perundangan dimana kes disahkan tiada bukti dan merit untuk diteruskan, tapi diteruskan juga, Majlis Peguam “act invincible”.
Sungguh memalukan .
Portal ini belum pun kupas kes Datuk Ahmad Zahid Hamidi dimana hal sama, maklumat dan memo dalaman terbocor juga tentang saranan tutup kes kerana tidak capai taraf dan standard untuk didakwa, tapi didakwa juga.
Apa jenis undang undang2 yang negara amalkan?
Majlis Peguam tidak mahu “uphold justice” lagikah?
Atau “justice is dead?”
Majlis Peguam Benar benar Ikut undang undang atau ikut kepentingan Politik?
.