Nota pada kertas jadi penyelamat
Nota pada kertas jadi penyelamat
Phoenix, Amerika Syarikat: Seorang wanita yang diculik berjaya diselamatkan selepas dia menyerahkan nota kepada pelanggan stesen minyak, dengan pesanan supaya hubungi polis, kata Polis Arizona dalam hantaran di Facebook (FB), baru-baru ini.
Portal NDTV melaporkan, menurut Pejabat Syerif Daerah Yavapai, wanita itu didakwa diculik di sini, Isnin lalu, oleh seorang lelaki “memakai rambut palsu dan berpura-pura menjadi pemandu Uber”.
Lelaki itu didakwa menahan wanita dan membawanya menaiki kereta ke arah Las Vegas sebelum mereka menghabiskan malam Isnin di Taman Tasik Mead.
Pada petang Selasa, semasa singgah di stesen minyak di Arizona, mangsa sempat menyelitkan nota ditulis ‘bantuan’ dan ‘hubungi 911’ kepada pelanggan lain di stesen itu.
Mangsa turut menyertakan penerangan mengenai van yang dinaikinya, tempat mereka tuju dan nombor telefon.
Timbalan syerif kemudian memaklumkan Jabatan Keselamatan Awam Arizona untuk membantu mengesan kenderaan berkenaan.
Pegawai berkata, van itu kemudiannya ditemukan bersama mangsa dan suspek.
“Suspek dikenali sebagai Jacob Wilhoit, 41, ditahan tanpa sebarang insiden dan beberapa senjata api ditemukan di dalam kenderaannya,” kata pejabat Syerif.
Wilhoit didakwa atas tuduhan termasuk penculikan, pemenjaraan yang menyalahi undang-undang dan melakukan serangan, tambah pihak berkuasa.
Pejabat Syerif turut memuji mangsa dalam siaran berita itu kerana tindakan luar biasa dalam menghantar nota meminta bantuan kecemasan, manakala pelanggan stesen minyak yang membantu dalam kes itu juga dihargai kerana bertindak pantas menghubungi 911.
Menurut ABC News, wanita itu dan Wilhoit mengenali antara satu sama lain. Bagaimanapun, motif penculikan masih tidak dijelaskan oleh pihak berkuasa.
Nota pada kertas jadi penyelamat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Noor Hisham Mesti Di Siasat Atas Kemusnahan Di Era Pandemik Covid-19
- Isu Dana Judi: SPRM Akan Panggil Ahli Politik Bergelar Datuk Seri & Datuk
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :