Gabenor Bank Negara tidak tahu matawang Denmark
Oleh – Bakhtiar Omar
Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Aziz, memberi kenyataan yang ‘memalukan’ apabila tidak tahu matawang yang digunakan negara Denmark.
Beliau menjawap demikian bila menjawap soalan Tan Sri Shafee Abdullah berkaitan pertukaran matawang ke Ringgit Malaysia.
Zeti hari ini berkelakuan agak defensif dalam menjawap soalan yang dikemukakan pihak Peguambela Dato Sri Najib Razak.
Menjawap soalan Shafee, Zeti mengakui BNM tahu bila Najib memulangkan balik RM 2.2 billion dari RM 2.6 billion yang diterima dari penderma.
Tetapi Zeti menyatakan beliau dan BNM tidak tahu apa-apa mengenai kemasukan wang, dari siapa dan bila.
Kesimpulan dari jawapan Zeti menunjukkan kelemahan sistem Bank Negara Malaysia dan sangat mudah kena ‘scam’.
Zeti juga tidak konsisten dalam menjawap soalan dari Peguam Bela berkenaan kenyataan Cheah Tek Kuang.
Majlis Peguam membisu hal memo AGC bocor.
Untuk rekod, Denmark menggunakan matawang Denmark Krone untuk berurusan selain turut menggunakan matawang Euro.
Bekas Gabenor Bank Negara itu juga telah menyebut nama ‘Ashok Ramamurthy’ dan menyatakan kerosakan AmBank berlaku ketika Ashok menjadi Manager Director di AmBank.
Zeti beri gambaran Bank Negara senang kena ‘scam’