Bekas komando AS bawa kelopak peluru kosong dibebas dengan jaminan – Polis

Bekas komando AS bawa kelopak peluru kosong dibebas dengan jaminan – Polis

Bekas komando AS bawa kelopak peluru kosong dibebas dengan jaminan - Polis
Bekas komando Navy Seal AS, Ryan Bates, sebelum ini ditahan di KLIA kerana membawa tiga kelopak peluru kosong dalam bagasi. – Foto Instagram

KUALA LUMPUR: Lelaki warga Amerika Syarikat (AS), Ryan Bates yang sebelum ini ditahan polis kerana membawa tiga kelopak peluru kosong dalam bagasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dibebaskan dengan ikat jamin.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata Bates yang juga bekas komando pasukan elit Tentera Laut AS, Navy Seal, bagaimanapun tidak dibenar meninggalkan negara ini sehingga siasatan kes itu selesai.

“(Kes) disiasat bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api. Suspek diberi jamin (bebas dengan jaminan polis), tetapi tidak dibenarkan keluar negara sementara siasatan dilengkapkan dan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya (DPP).



“Seperti dilaporkan, dia masuk untuk tujuan penggambaran dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan menggunakan kemudahan di kem tentera sebelum ditahan pada 30 Jun sewaktu di KLIA, untuk balik ke negaranya selepas selesai urusan penggambaran,” katanya seperti dipetik sebuah portal.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan seorang wanita mendakwa suaminya yang ingin pulang ke negara asal ditahan pihak berkuasa di KLIA.



DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?




Dakwanya, lelaki berusia 43 tahun itu membawa peluru kosong selepas digunakan dalam penggambaran dokumentari di negara ini.

Menurut laporan itu, Bates dikatakan membawa kelopak peluru kosong berkenaan untuk penggambaran siri Netflix bertajuk “The World’s Toughest Forces” di Malaysia.

Dia turut menyiarkan beberapa siri video yang menunjukkan penahanan awalnya di Instagram dengan memaklumkan keadaannya tidak kelihatan baik kerana pihak berkuasa sedang mempertimbangkan apa yang dibawanya di dalam bagasinya serta tindakan yang dikenakan terhadapnya.

Dalam pada itu, Hussein sebelum ini dilaporkan berkata Bates tidak mempunyai permit untuk membawa kelopak peluru kosong sama ada di dalam nebgara atau untuk dibawa keluar.



“Kami sudah periksa dengan ATM yang memberi kebenaran untuk penggambaran dan menggunakan fasiliti.

“Permit untuk bawa masuk dan bawa keluar (kelopak peluru) ini, semua bawah bidang kuasa polis.

“Tak ada rekod (Bates mohon kebenaran daripada pihak polis). Dia tak ada ikut prosedur kita,” katanya.

Bekas komando AS bawa kelopak peluru kosong dibebas dengan jaminan – Polis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading