Gelora udara: 11 penumpang dan kru pesawat cedera



Gelora udara: 11 penumpang dan kru pesawat cedera

Gelora udara: 11 penumpang dan kru pesawat cedera
SERAMAI 11 individu dilaporkan cedera akibat insiden berkenaan.

Washington: Seramai 11 penumpang dan anak kapal sebuah pesawat syarikat penerbangan yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dimasukkan ke hospital, pada Selasa, kerana cedera akibat gelora udara (air turbulence) dalam penerbangan Delta dari Milan ke Atlanta.

“Ahli Pasukan Delta Care berhubung dengan penumpang di Delta Flight 175 yang cedera akibat gelora udara sebelum mendarat dengan selamat di Atlanta, pada Selasa.

“Keutamaan kami adalah menjaga penumpang dan anak kapal kami yang mengalami kecederaan,” kata jurucakap syarikat penerbangan berkenaan.



Tidak jelas berapa jumlah sebenar mangsa yang cedera daripada 151 penumpang dan 14 anak kapal itu.

Bagaimanapun, lebih 11 individu cedera dimasukkan ke hospital.

Delta mahupun pengawal selia penerbangan AS tidak mengaitkan gelora udara pada Selasa disebabkan taufan itu.

Menurut jurucakap, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan melaporkan gelora udara berlaku kira-kira 64 kilometer (km) dari lapangan terbang Atlanta dan akan menyiasat kejadian itu



Saintis melaporkan gelora udara yang sukar diramal dan berlaku tanpa cuaca buruk yang jelas.

Lazimnya, ia berlaku ketika pesawat berada pada ketinggian 4,572 meter dan kejadian itu menjadi lebih kerap disebabkan oleh perubahan iklim.

Gelora udara: 11 penumpang dan kru pesawat cedera


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker