Kru kabin menari atas sayap pesawat



Kru kabin menari atas sayap pesawat

Kru kabin menari atas sayap pesawat
TANGKAP layar video tular menunjukkan insiden berkenaan.

Buenos Aires: Anak kapal pesawat Swiss International Air Lines disiasat selepas menari dan mengambil gambar di sayap pesawat Boeing 777.

Portal NDTV melaporkan, rakaman video itu tular selepas dimuat naik pelancong yang sedang menunggu di bangunan terminal lapangan terbang.

Video itu menunjukkan seorang pramugari menari di sayap pesawat dan kemudian dia disertai oleh rakan setugas lelaki.



Selepas itu, seorang lelaki kedua, yang dipercayai sebagai ketua kabin kanan, muncul dan terus melakukan aksi seperti ahli bina badan.

Klip itu juga memaparkan dua kru bergambar di depan enjin kapal terbang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Yang Mampu Menenggelamkan Populariti Sanusi?


Video itu dirakam awal bulan ini, dan ia mencetuskan kemarahan pengurusan Swiss International Air Lines.

Bertindak balas terhadap klip tular itu, syarikat penerbangan berkenaan dalam satu kenyataan memaklumkan tingkah laku itu tidak boleh diterima.



“Apa yang kelihatan seperti menyeronokkan dalam video itu mengancam nyawa.

“Sayap Boeing 777 adalah kira-kira lima meter tinggi.

“Mereka yang terjatuh dari ketinggian itu boleh meninggal dunia,” kata jurucakap Switzerland Michael Pelzer.

Menurut New York Post, Pelzer berkata, anak kapal hanya boleh menjejakkan kaki di atas sayap pesawat sekiranya berlaku kecemasan serius, seperti pemindahan penumpang.



Syarikat penerbangan itu menyeru supaya kakitangan berhenti melakukan kerja bodoh itu dan turut meluahkan perasaan marah serta kecewanya atas kejadian berkenaan.

Kru kabin menari atas sayap pesawat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker