Mahathir wajib tampil menjawab isu memo Pejabat AG bocor

Mahathir wajib tampil menjawab isu memo Pejabat AG bocor

Oleh – Adam Malik


Mahathir wajib tampil menjawab isu memo Pejabat AG bocor

Sehingga kini media bawah kawalan kroni Mahathir masih “down play” dengan berita memo bocor Pejabat AG dimana siasatan sudah tidak ketemu bukti terhadap kes pemimpin Umno tapi tetap didakwa juga.



Sepatutnya sebagai Perdana Menteri ketika kes itu dilaksanakan Mahathir wajib muncul untuk memberi keterangan.

Ini bagi mengelakkan dari Mahathir dituduh telah menyalah guna kuasa.

Tommy Thomas sudah beri kenyataan tapi membuatnya cara lepas tangan juga dengan menyatakan “tidak ingat”.

Sistem undang undang negara, sistem kehakiman rosak terus menjadi carca marba semenjak Mahathir campur tangan secara sulit dibelakang tabir.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Yang Mampu Menenggelamkan Populariti Sanusi?

Mahathir mungkin menyangka rakyat tidak tahu peranan nya dibelakang tirai dan berpendapat rakyat begitu bodoh seperti era beliau menjadi Perdana Menteri kali pertama dulu.


Mahathir wajib tampil menjawab isu memo Pejabat AG bocor



Kes rasuah keluarga bekas Gabenor Bank Negara terus senyap , tapi Mahathir cuba burukkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali dengan mendakwa Appandi enggan mendakwa Datuk Seri Najib Razak dan menuduh Apandi telah abaikan tugas nya.

Sedangkan Mahathir sendiri telah mengabaikan tugas mendakwa keluarga Zeti Aziz dan kes semburit Azmin Ali.

Inilah perangai Mahathir, melontar tuduhan terhadap pihak lain demi menutup kesalahan sendiri.

Berbalik kepada isu diatas, Mahathir masih cuba berlagak bodoh dan mencuci tangan disaat atikel ini ditulis.



Sepatutnya sebagai orang yang bertanggungjawab, Mahathir perlu muncul dan beri kenyataan berkaitan dokumen bocor yang menzalimi pemimpin Umno.

Atau seperti biasa, apabila rasa bersalah, Mahathir akan berpura pura buat tidak tahu dan berharap isu itu berlalu pergi begitu sahaja.

Kerajaan seharusnya serius  menyiasat hal berkaitan memo bocor ini dan bukan sekadar siasat bagamana ia bocor tetapi siasat kenapa sudah disahkan  tiada kes dan tidak cukup syarat untuk dibicarakan,  tetapi didakwa juga.

Isu ini amat memalukan negara dan Mahathir harus muncul untuk bertanggungjawab.



Mahathir wajib tampil menjawab isu memo Pejabat AG bocor


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button