Penganggur amuk, tumbuk isteri tegur hisap dadah di rumah
Penganggur amuk, tumbuk isteri tegur hisap dadah di rumah
PADAWAN: Seorang penganggur didakwa mengamuk dan menumbuk isteri yang menegurnya kerana menghisap dadah di dalam rumah, menyebabkan mangsa mengalami pendarahan pada mata kiri dan lebam di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abang Ahmad, berkata berdasarkan laporan dibuat mangsa yang berusia 23 tahun, kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 tengah hari 27 Ogos lalu di rumah sewa mereka di Matang Jaya, di sini.
“Punca kejadian ialah mangsa menegur suspek yang didakwa membawa kawannya ke rumah untuk menghisap dadah, menyebabkan kawan suspek balik.
“Berikutan itu, suspek dikatakan marah dan terus bertindak agresif dengan menumbuk mangsa berkali-kali di bahagian kepala.
“Mangsa kemudian melarikan diri ke dalam bilik untuk mengelak daripada terus dipukul oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Susulan itu, Abang Zainal berkata, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan, menahan suspek berusia 26 tahun di rumah sewanya pada 28 Ogos lalu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Penganggur amuk, tumbuk isteri tegur hisap dadah di rumah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :