Polis buru lima lelaki kes rogol berkumpulan



Polis buru lima lelaki kes rogol berkumpulan

Polis buru lima lelaki kes rogol berkumpulan
Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan lima lelaki termasuk abang ipar seorang wanita yang menjadi mangsa rogol berkumpulan dalam kejadian di sebuah rumah di Wangsa Maju dekat sini, semalam.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun sedang tidur sebelum tersedar apabila mulutnya ditutup dengan tangan oleh seorang suspek.

“Tangan mangsa kemudian diikat dan mulut mangsa dilekatkan dengan pita pelekat sebelum dirogol bergilir-gilir dan perbuatan terkutuk itu turut dirakam suspek.



“Selepas memperkosa mangsa, kesemua suspek melarikan diri. Mangsa cedera dan lebam pada tangan akibat kejadian itu,” katanya.

Tambah sumber, sebelum kejadian, anak saudara mangsa ada terlihat empat lelaki pulang ke rumah bersama abang iparnya.

“Difahamkan ketika kejadian, kakak mangsa tiada di rumah dipercayai keluar dari kediaman itu sejak beberapa minggu lalu akibat perselisihan faham dengan abang ipar mangsa.

“Mangsa sudah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya



Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan yang dihubungi BH, hari ini mengesahkan kejadian.

Katanya, usaha mengesan kelima-lima suspek termasuk abang ipar mangsa kini sedang dijalankan.

Polis buru lima lelaki kes rogol berkumpulan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker