Janna Nick datang jadi penyokong

Dapat pula hadiah dari suami 



Janna Nick datang jadi penyokong

Janna Nick datang jadi penyokong
Netizen tersenyum lihat gelagat Janna dan Dini.

PENYERTAAN pelakon Dini Schatzmann dalam pertandingan sukan lasak Ozone Games 2023 mendapat perhatian dalam kalangan peminat.

Selain kagum melihat kesungguhan Dini melepasi semua cabaran yang sukar, kelibat isterinya aktres Janna Nick, 28, turut mencuri perhatian yang hadir memberi semangat kepada suaminya.

Menerusi video yang dikongsi Janna di TikTok miliknya, pelakon itu sempat bertanya kepada Dini sekiranya dia gementar sebelum pertandingan bermula.



Apa menjadi perhatian netizen apabila pasangan suami isteri itu sempat berbalas ciuman di mulut sebelum Dini melangkah masuk ke dalam gelanggang pertandingan.

“Isteri terpaling menyokong… Sudahnya aku yang mengah,” tulis Janna pada bahagian kapsyen video tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gabenor Bank Negara tidak tahu matawang Denmark


Janna menerusi Instagramnya pula memberitahu dia terpaksa bangun awal pagi demi memberi sokongan kepada Dini.

Bagaimanapun usaha Janna itu ternyata berbaloi kerana Dini sempat memanjakan isterinya itu membeli barangan solekan di butik Chanel sebagai upah menjadi penyokongnya.



Sementara itu, peminat turut menyifatkan gelagat pasangan itu sebagai romantik dan memuji Janna yang sentiasa mendahulukan Dini dalam pelbagai perkara.

 

Janna Nick datang jadi penyokong
Dini semakin bersemangat dengan sokongan Janna.

“Janna manis macam gula. Comel dia punya beri sokongan.

“Bagus isteri macam Janna ini, sentiasa sokong suami,” antara komen peminat.

Pada 10 Jun lalu, Janna dan Dini atau Dini Azan Schatzmann, 29, disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid A’isyah Sungai Menghulu, Pulau Langkawi.



Janna Nick datang jadi penyokong


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker