Kenapa pemimpin PAS terkinja kinja mahu menjilat UMNO?

Oleh – Adam Malik


Kenapa pemimpin PAS terkinja kinja mahu menjilat UMNO?

Kenyataan demi kenyataan terpacul satu persatu dari mulut pemimpin PAS sejak kebelakangan ini berkaitan umno.

Setelah menang banyak kerusi di Kelantan , Terengganu dan Kedah , sepatutnya PAS sibuk melakar pelan bagaimana hendak melaksanakan enekmen rang undang undang hudud atau pembangunan ekonomi umat Islam pisikal ( bukan sekadar teori atau retorik kosong).



Tapi, lain pula yang terjadi. Pemimpih PAS begitu ghairah menyibuk masuk campur urusan umno.

Bermula dengan Tuan Ibrahim Tuan Man yang sibuk melamar umno kembali kepada Muafakat Nasional seolah olah pemimpin umno sebodoh dirinya.

Tuan Ibrahim dengan jahilnya menyatakan MN boleh dikembalikan bersama umno dengan beberapa syarat.

Kemudian TITM menjelaskan antara syarat nya adalah pemimpin umno yang ada bersama DAP tidak boleh nenyertai atau mewakili rundingan MN.



Kenapa pemimpin PAS terkinja kinja mahu menjilat UMNO?

Amat cetek akal politik TITM.

Sebelum rundingan sudah meletak syarat terlebih dulu.

Selain cetek akal, TITM juga tidak merasa malu bahawa PAS yang terhegeh hegeh hendak bersama umno sedangkan umno sudah cop PAS sebagai Parti yang tidak boleh dipercayai.



Selain TITM , Sanusi MD Nor juga memberi hint bahawa PAS masih mahu menjilat umno.

Ini sangat Memalukan kerana setelah mengecam umno dan PAS menipu UMNO , SMN masih ada niat mahu umno bersama PAS.

Cuma bezanya SMN tidak menyatakan nya secara terus terang.

Apa yang SMN lakukan adalah menyatakan adalah “hanya PAS sahaja yang boleh selamatkan hayat politik Zahid Hamidi”.



Kenapa pemimpin PAS terkinja kinja mahu menjilat UMNO?

Ini jelas menunjukan PAS sangat berharap Zahid akur dan takut kepada PAS.

SANUSI DISAMAN ‘KRONI’ MAHATHIR

Persoalanya Sanusi sendiri dijerut lehernya oleh Mahathir melalui saman terhadap dirinya oleh kroni judi Mahathir Vincent Tan.

SMN sendiri perlu berhadapan dengan kes menghina Sultan Selangor dan berhadapan kes dengan MB Selangor yang baru difilekan.



Selain TITM dan SMN yang terkinja kinja menyibuk cuba hampiri umno , Anggota Majlis Syura PAS Mahfodz Mohamad juga terlihat sangat ketagih mahu Umno bersama sama PAS dan BERSATU kembali.

Amat pelik perangai dan pendirian pemimpin PAS yang tidak boleh dipercayai ini.

Harus di ingat PAS masih terhutang budi kepada Mahathir dan kroninya.



Berkemungkinan Mahathir perguna orang orang PAS untuk pedaya Umno. Mahathir terkenal dengan bertindak perguna pihak lain untuk laksana kehendak hya.

Apapun Umno sudah matang dan sudah tahu semua tipu helah ini.

Umno tahu hanya Zahid dan Tok Mat Hassan sahaja buat masa ini benteng penghalang kemaraan niat jahat Mahathir.

Umno tidak mahu terperangkap lagi seperti Mahathir perguna Kluster Broker untuk membawa umno dibawah penguasaan Mahathir dan Muhyiddin Yassin.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button