MotoGP: Jorge Martin beri amaran buat Ducati
MotoGP: Jorge Martin beri amaran buat Ducati
BARCELONA – Pelumba Sepanyol, Jorge Martin memberi peringatan keras kepada Ducati mengenai impiannya untuk berada pasukan kilang pada tahun 2025 selepas merasakan dia layak selepas menjadi salah seorang pencabar kejuaraan pada musim ini.
Tegas pelumba Pramac Ducati tersebut, sekiranya pasukan berpangkalan di Borgo Panigale, Itali itu tidak menghargai usahanya, dia terbuka untuk menyertai pasukan pengeluar yang lain pada masa akan datang.
Martin telah memperkuat pasukan satelit Ducati tersebut sejak debut pada tahun 2021 menyebabkan pelumba berusia 25 tahun merasakan dia berhak untuk menyertai pasukan utama bagi membolehkan dia mendapat kelebihan bagi membantunya meraih gelaran dunia.
Ketika ini, Martin berada di kedudukan kedua keseluruhan selepas melakar satu kemenangan di Grand Prix (GP) Jerman dan menamatkan saingan tempat kedua berturut-turut di Perancis dan Itali dan hanya dipisahkan 62 mata dengan pendahulu, Francesco Bagnaia.
“Pastinya, impian saya untuk menyertai pasukan kilang. Saya tidak tahu bila ia akan berlaku. Ducati adalah satu-satunya yang boleh membuat keputusan, boleh mengubah sesuatu.
“Sasaran saya pada 2025 adalah untuk pergi ke pasukan kilang. Saya rasa saya layak untuk mendapatkan tempat bersama pasukan utama. Saya juga mempunyai potensi untuk melakar kemenang dengan jentera lain.
“Tetapi, pilihan pertama saya ialah Ducati. Tetapi jika mereka tidak benar-benar menghargai apa yang saya berikan, jadi saya akan memilih pilihan lain,” katanya.
Dalam pada itu, Martin turut berharap tiada lagi ‘Team Order’ kerana dia akan berjuang habis-habisan untuk mengejar Bagnaia. – AGENSI
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lepas 2 Kali Jadi PM, Baru Sekarang Mahathir Sedar Sekolah Vernakular Wujud
- 2 Golongan Yang WAJIB UMNO Dekati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?