Penunggang maut motosikal bergesel



Penunggang maut motosikal bergesel

Penunggang maut motosikal bergesel
Penunggang maut selepas bergesel sesama sendiri. – Foto hiasan

KOTA BHARU: Seorang remaja maut selepas motosikal ditungggang bergesel dengan motosikal rakan, sebelum digilis kenderaan pacuan empat roda kejadian di Kilometer (km) 9.7 Lebuh Raya Kota Bharu-Ketereh di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 malam mangsa, Rushdan Iqmal Ridwan Abdul Rasyid, 18, cedera parah di kepala dan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika sekumpulan motosikal bersama mangsa yang menunggang dari arah Kota Bharu ke Ketereh.



“Mereka melalui Lebuh Raya Rakyat secara berkumpulan disyaki dalam kelajuan tinggi dan berlaku pergeselan sesama sendiri menyebabkan mangsa yang berasal dari Pasir Puteh dan rakannya yang menunggang motosikal lain terjatuh di atas jalan.

“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk bedah siasat,” katanya hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Mohd Rosdi berkata, rakan mangsa dipercayai mengalami cedera ringan meninggalkan motosikal di tempat kejadian, manakala pemandu pacuan empat roda juga meninggalkan tempat kemalangan.

“Polis memohon orang ramai yang melihat kejadian termasuk rakan mangsa dan pemandu pacuan empat roda yang terbabit diminta tampil di IPD Kota Bharu untuk membantu siasatan,” katanya.



Penunggang maut motosikal bergesel


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa pemimpin PAS terkinja kinja mahu menjilat UMNO?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker