Tami Manis tak potong rambut sejak 9 Februari 1990
Tami Manis tak potong rambut sejak 9 Februari 1990

Washington: Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) melakar sejarah dalam Rekod Dunia Guiness (GWR) kerana memiliki rambut potongan mullet (rambut pendek di bahagian depan) terpanjang.
Portal Sky News melaporkan, Tami Manis dari Tennessee tidak menggunting rambutnya sejak 1990.
Wanita berusia 58 tahun itu mendapat ilham untuk menyimpan rambut sepanjang itu pada 1980-an.
Ia selepas dia melihat video oleh penyanyi, Til Tuesday yang dipanggil Voices Carry.
Sebelum mula menyimpan rambut itu, Tami pernah memotong rambutnya pada 1989 selepas diyakinkan oleh seorang tukang gunting rambut, namun menyesali keputusannya itu.
Dia kemudian nekad menyimpan semula rambut pada 9 Februari 1990 yang menjadi hari ulang tahun rasmi rambutnya.
“Saya bersyukur dengan rambut saya yang direkodkan sebagai terpanjang di dunia. Saya sangat gembira,” katanya.
Tami Manis tak potong rambut sejak 9 Februari 1990
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lepas 2 Kali Jadi PM, Baru Sekarang Mahathir Sedar Sekolah Vernakular Wujud
- 2 Golongan Yang WAJIB UMNO Dekati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?