Anak Aliff Aziz Menyanyi Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]
“Pengganti Ayahnya Nanti Ni”
Anak Aliff Aziz Menyanyi Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]
![Anak Aliff Aziz Menyanyi Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]](https://i0.wp.com/my-tv.online/wp-content/uploads/2023/09/IMG_8111-750x423.jpg.webp?resize=750%2C423&ssl=1)
Aliff Aziz mendapat tempat di hati peminat di Malaysia selepas bakat lakonannya banyak disiarkan di kaca televisyen tempatan. Selain itu juga, Aliff Aziz telah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi wanita yang berasal dari Sandakan Sabah serta mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Ikut Jejak Ayah Suka Menyanyi!
Baru-baru ini, tular satu video di laman media sosial tiktok milik @radinamiraffendy yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak121 ribu, tanda suka sebanyak 6 ribu dan hampir 40 komen.
Di dalam video tersebut, memaparkan anak lelaki Aliff Aziz menyanyikan lagunya yang bertajuk ‘sayang-sayang’ dengan sepenuh hatinya.
@radinamiraffendy Bapa borek anak rintik – @Aliff Aziz @Bella Astillah #aliffaziz #sayangsayang #takhensemtapimanisnyaada #kubilangjangandinjangan #radinatwork #gegarvaganza #fyp
Rata-rata netizen puji nyanyian anak Aliff Aziz tersebut dan mengatakan bahawa dia akan menggantikkan ayahnya bila besar nanti. Mereka juga memuji penampilannya yang kelihatan segak dan tampan walaupun masih kecil.
“Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, samakan suara dan cara Aliff senior & Aliff junior nyanyi”
“Cute pulak tu, bersungguh2 dia nyanyi lagu ayah dia”
“Kecil-kecil dah hensem”
“Enjoynya degan lagu ayah sendiri, comel pulak tu”-kata mereka
![Anak Aliff Aziz Menyanyi Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]](https://i0.wp.com/my-tv.online/wp-content/uploads/2023/09/86A7606E-97BB-4CB0-B323-CE0A26138321.jpeg.webp?resize=780%2C755&ssl=1)
Apa-apa pun, jika anaknya itu ingin memasuki industri seni tanah air pasti ramai yang akan memberikan sokongan kepadanya.
Anak Aliff Aziz Menyanyi Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cara Media Perdana Membunuh Kerajaan Perpaduan
- Lepas 2 Kali Jadi PM, Baru Sekarang Mahathir Sedar Sekolah Vernakular Wujud
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Mampukah Ahmad Terrirudin Mencuci Taik Idrus Harun Dan Tommy Thomas?