Gaduh di Machang: Suspek syak penjawat awam ada hubungan sulit dengan isteri

Gaduh di Machang: Suspek syak penjawat awam ada hubungan sulit dengan isteri

Gaduh di Machang: Suspek syak penjawat awam ada hubungan sulit dengan isteri
Datuk Muhamad Zaki Harun. – NSTP

MACHANG: Hubungan sulit yang disyaki antara mangsa dengan isteri suspek dikatakan menjadi punca pergaduhan sehingga meragut nyawa seorang penjawat awam di Kampung Cabang Sungai Hala, di sini, pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, ketika mengulas perkembangan kes terbabit.

“Motif kejadian adalah suspek mengesyaki mangsa yang juga simati ada hubungan sulit dengan isterinya.



“Suspek bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur, manakala mangsa yang juga penjawat awam bekerja di sebuah jabatan sama dengan isteri suspek di Kuala Krai,” katanya menerusi kenyataan sebentar tadi.

Muhamad Zaki berkata, mangsa, 51, cedera parah pada kedua-dua mata dan patah tulang rusuk sebelah kiri, manakala suspek cedera pada kedua-dua belah tangan.

“Pergaduhan berlaku tanpa membabitkan sebarang senjata, namun mangsa dibawa ke Hospital Machang oleh ambulans untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Machang untuk bedah siasat.



Beliau berkata, setakat ini suspek kes itu sudah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Machang esok untuk perintah tahanan reman,” katanya.

Gaduh di Machang: Suspek syak penjawat awam ada hubungan sulit dengan isteri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mampukah Ahmad Terrirudin Mencuci Taik Idrus Harun Dan Tommy Thomas?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button