Polis sedang kesan mangsa kes samseng jalanan, saksi



Polis sedang kesan mangsa kes samseng jalanan, saksi

Polis sedang kesan mangsa kes samseng jalanan, saksi
Tangkap layar aksi samseng seorang lelaki tanpa memakai baju memukul seorang penunggang motosikal di Cheras Perdana. – Foto ihsan pembaca

KAJANG: Aksi samseng seorang lelaki tanpa memakai baju memukul seorang penunggang motosikal di Cheras Perdana, di sini, tular di laman media sosial, sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian disyaki pada jam 11.25 pagi Jumaat lalu dirakam sebuah kenderaan yang melalui lokasi kejadian.

Katanya, rakaman itu menunjukkan sebuah motosikal keluar secara tiba-tiba dari satu persimpangan sebelum berlanggar dengan sebuah motosikal lain.



“Seorang lelaki tanpa memakai baju menunggang sebuah motosikal melalui jalan utama itu gagal mengawal kenderaan lalu melanggar motosikal yang keluar dari simpang.

“Lelaki tanpa memakai baju itu terus bertindak memukul penunggang motosikal berkenaan dengan menggunakan tangan dan kaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa pemimpin PAS terkinja kinja mahu menjilat UMNO?

Mohd Zaid berkata, video berdurasi 30 saat yang memaparkan kejadian berkenaan dirakam melalui kamera papan pemuka sebuah kereta sebelum dimuat naik dan tular di laman Telegram Info Semasa Official, sejak semalam.

“Sehingga kini, kita masih belum menerima apa-apa laporan berhubung kemalangan atau kejadian pukul tersebut daripada pihak terbabit,” katanya.



Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 279 dan 323 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut, boleh menghubungi balai berhampiran atau pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mampukah Ahmad Terrirudin Mencuci Taik Idrus Harun Dan Tommy Thomas?

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker