63 ditahan dalam operasi khas pusat hiburan di JB



63 ditahan dalam operasi khas pusat hiburan di JB

63 ditahan dalam operasi khas pusat hiburan di JB
Gambar fail – Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat. – Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Seramai 63 individu termasuk empat warga asing ditahan selepas saringan air kencing mereka positif pelbagai jenis dadah selain tiada dokumen perjalanan sah dalam operasi khas di dua pusat hiburan di sekitar bandar raya ini, hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata seramai 210 individu diperiksa di kedua-dua premis hiburan itu dalam operasi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Integriti serta Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Dalam operasi bermula kira-kira jam 12.45 tengah malam hingga 3 pagi tadi, katanya, semua mereka termasuk 22 wanita dan berusia antara 19 dan 56 tahun itu direman dua hari untuk siasatan lanjut.



“Bagaimanapun, kedua-dua premis tersebut mempunyai lesen perniagaan yang sah dan beroperasi dalam tempoh masa yang dibenarkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kamarul Zaman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

– BERNAMA

63 ditahan dalam operasi khas pusat hiburan di JB

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Presiden UMNO Secara Rasmi Di Keluarkan Dari Senarai Kluster Mahkamah

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker