Berapa ramai ‘Pemimpin’ dilahirkan zaman KJ?
Oleh – Bakhtiar Omar
Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ ‘wajib’ menjawap persoalan mengenai berapa ramai ‘pemimpin’ yang beliau lahirkan dari kilang Pemuda Umno sewaktu bergelar Ketua Pemuda Umno.
Sewajarnya, KJ melihat KEGAGALAN beliau sepanjang menjadi Ketua Pemuda Umno melahirkan ‘Pemimpin’ sebagai peringatan sebelum mengkritik pihak lain yang tidak disenanginya.
Dalam satu episod Podcast, KJ cuba menggambarkan dirinya amat berharga dalam dunia politik apabila mendesak agar Dato Sri Najib dibebaskan, memandangkan Presiden Umno, Zahid Hamidi telah dibebaskan tanpa lepas dari pendakwaan di Mahkamah.
“Alang-alang nak kitchen sink, kitchen sink the whole damn thing and let Najib out, and he will more valuel to you”
Everything but the kitchen sink rained down on us.
And keep going it does, with its frankly everything-but-the-kitchen-sink recap on bay leaves.
We’ve just about got everything but the kitchen sink.
I packed a few select dresses and bikinis, he packed everything but the kitchen sink.
Although ‘everything but the kitchen sink’ is not an official meteorological term, it does sum up last week’s weather nicely.
Apa maksud KJ dengan menggunakan ayat tersebut? Adakah KJ ingin menyatakan Najib juga akan menyebabkan Umno rosak di kemudian hari sekiranya beliau dilepaskan dan dibebaskan Mahkamah?
Mengapa kaitkan Najib dalam kritikan beliau terhadap apa yang berlaku dalam kes Zahid Hamidi? Apa yang tidak kena dengan Najib di mata Khairy?
Sebaiknya KJ muhasabah diri sebelum suka-suka ‘petik’ nama Najib dalam mengkritik keputusan Pendakwaraya kes Zahid. Jangan tunjuk ‘kebodohan’ sendiri kepada umum.
Najib tidak pernah menggesa rakyat atau penyokongnya turun ke jalanraya bagi membebaskan dirinya, malah Najib sentiasa ingatkan beliau mahu membersihkan namanya dengan keadilan yang seadilnya dalam Mahkamah.
KJ patut malu dengan dirinya sendiri sebelum mengutuk atau mengeluarkan kenyataan berbaur politik terhadap individu lain. Apa pencapaian beliau dalam politik yang boleh dibanggakan?
Mungkin masih ingat ‘Himpunan Sejuta Belia’ yang beliau terlibat sebagai Menteri Belia dan Sukan? Apa faedah kepada negara mahupun parti dengan program tersebut?
KJ mungkin hebat dalam membentuk penyokong tetapi beliau adalah individu yang GAGAL dalam melahirkan ‘Pemimpin’ masa hadapan dalam politik.
Elok KJ fikirkan parti politik mana yang beliau sesuai sertai dan tidak lagi menjadi ‘Hantu Raya’ tidak bertuan.