YDP Agong ucap terimakasih kepada Najib untuk Pan Borneo
Oleh – Editor
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong secara langsung mengucapkan terimakasih kepada bekas Perdana Menteri Ke-6, Dato Sri Najib Razak kerana mengilhamkan Lebuhraya Pan Borneo.
Video Player
00:00
00:00
Baginda YDP Agong bertitah demikian dalam ucapannya di Sarawak. Sebelum itu, Baginda bersama rombongan telah menjelajah Negeri Sabah juga menerusi Lebuhraya Pan Borneo.
Rakyat dari kedua-dua negeri, Sabah dan Sarawak begitu teruja dengan siri jelajah Baginda bersama rombongan. Rombongan Baginda turut disertai Anakanda Baginda dan rakyat begitu teruja dapat bersama Keluarga DiRaja dengan lebih dekat.