“Mahathir umpama bahan pameran muzium di Mesir” – Nur Jazlan

 

Oleh –  Adam Malik


“Mahathir umpama bahan pameran muzium di Mesir” - Nur Jazlan
Nur Jazlan Mohamed

“Orang Umno sudah tidak kisah tentang kenyataan Mahathir terhadap parti itu lagi,” – Nur Jazlan

Orang Umno sudah lali dengan serangan Mahathir dan sudah tidak pedulikan apa apa kenyataan darinya lagi , kata Nur Jazlan.



Bahan buangan UMNO kini jadi kegunaan Parti PAS  kata Ketua Bahagian UMNO Pulai.

Apa yang pernah dicaci dihina oleh PAS , satu waktu dulu kini dikutip dan menjadi bahan sanjungan PAS.

“Orang PAS lah yang memberi gelaran MHAFIRUAN dan MAHAZALIM kepada Tun Mahathir atas sikap kekejaman pemerintahanya Ketika menjadi Perdana Menteri 22 tahun kali pertama dulu” kata Jazlan.

“Mahathir umpama bahan pameran muzium di Mesir” - Nur Jazlan



“Tiada orang yang tidak pernah menjadi mangsa Mahathir selama Mahathir menjadi Perdana Menteri” tambah Jazlan.

Menurut Jazlan sehingga hari ini Mahathir masih belum henti mahu melaksanakan niat peribadinya untuk menghancurkan UMNO.

Kali ini Mahathir menunggang Parti PAS dan menyangka dosa dosa lamanya akan disucikan begitu Sahaja dengan menunggang dan pergunakan Parti PAS.

Kenyataan Nur Jazlan boleh difahami kerana semenjak Mahathir tidak menjadi Perdana Menteri, tiada siapa pun Presiden UMNO yang tidak pernah beliau ganggu dan cuba jatuhkan.



Mungkin , hanya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Sahaja yang beliau tidak ganggu kerana Ismail menurut arahan Muhyiddin Yassin yang akur kepada Mahathir.

Tambah lagi Ismail bukan calon Perdana Menteri yang dipilih parti UMNO sebaliknya dipilih cara peribadi oleh Muhyiddin Yassin untuk melindung Muhyiddin dan Mahathir.

TIADA SIASATAN JANAWIBAWA ZAMAN PM9

“Mahathir umpama bahan pameran muzium di Mesir” - Nur Jazlan

Hatta, apabila Kerajaan Perpaduan ditubuhkan banyak kes kes curian dari Projek Janawibawa, perbelanjaan waktu darurat dan tebatan banjir didapati dimana Kerajaan Ismail Sabri langsung tidak Sisaat atas sebab cuba melindungi Kerajaan Muhyiddin yang malantiknya



Dalam perkembangan politik terkini Mahathir menumpang PAS demi survival politiknya dimana banyak kes kes lama dan baru sedang disiasat oleh Kerajaan Perpaduan.

Mahathir tersepit dengan kes membabitkan diri sendiri dan juga orang lain.

Pada kes RCI Tommy Thomas yang akan datang , pastinya nama Mahathir akan terseret sama kerana perakuan TT dalam buku memoir nya ,Mahathir masuk campur dalam perlantikan Hakim tidak ikut prosidur dan tidak melalui JAC.

Mahathir juga ada terkait dalam saman dari Tan Sri Halim Saad dalam isu RENONG-UEM.



Sambil itu apabila kes terhadap Tun Daim dan Dua Tan Sri dimulakan perbicaraan , ia juga dipercayai ada pembabitan Mahathir.

Dan , sudah pastilah Mahathir akan menghadapi kesipuan apabila saman nya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ditunggu oleh Anwar kerana dipercayai DSAI sudah pun mendapat cukup bukti untuk melondehkan salah guna kuasa Mahathir.

Mahathir langsung tidak menyentuh berkenaan Memo bocor pejabat Peguam negara , kerana berkemungkinan ia akan menjerat lehernya dan boleh menguggurkan kes Najib Razak.

Kembali kita kepada topik diatas, amat benar kenyataan yang dibuat oleh Nur Jazlan berkenaan Mahathir, kerana ahli UMNO sudah jemu dan jelak dengan gangguan Mahahir terhadap Parti UMNO dan kepimpinan nya.



Ada Sahaja yang akan Mahathir ungkit demi mahu memburukan UMNO.

Semoga kes kes yang bakal Mahathir hadapi akan menutup mulutnya selama lama nya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button