4 negeri PAS buat persiapan sambut “Imam Mahathir”
Oleh – Adam Malik
Amat benar sekali beberapa kenyataan yang dilemparkan pelbagai pihak sebaik sahaja Presiden PAS Haji Hadi Awang membawa PAS kepada Mahathir dalam apa yang dinamakan “Proklamasi Melayu”.
Antara kenyataan yang dilemparkan adalah “Undi PAS dapat Mahathir” dan “Hutang dana dibayar 4 negeri”.
Semua tahu PAS mengadap Mahathir atas sebab kekurangan dana untuk kempen 6 PRN yang lalu.
PAS seperti Mahathir juga yang tiada kesetiaan kepada mana mana pihak selain menjaga kepentingan Sahaja.
Semenjak Parti BERSATU ketiadaan dana kerana wang mereka disita atas sebab kesalahan rasuah dan AMLA, PAS perlukan dana dari sumber lain.
Sumber itu datang dari kroni kroni perniagaan Mahathir seperti Vincent Tan.
Walaupun konon ia datang dari Vincent Tan , namun banyak pihak yang bermaklumat tahu, itu adalah wang Mahathir sendiri yang diletak diatas nama kroninya.
Dipendekan cerita , kini PAS telah terhutang budi kepada Mahathir.
Sebagai seorang yang dikenali sebagai sangat kedekut, mustahil Mhathir tiba tiba jadi pemurah, jika bukan ada perkara yang beliau kehendaki disebalik hal ini.
MAHATHIR BENCI NAJIB SEBAB ‘PEMURAH’ KEPADA RAKYAT
Mahathir benci Datuk Seri Najib Razak kerana begitu pemurah kepada rakyat kerana memberi mereka pelbagai imbuhan dan kebaikan seperti BR1M.
Kemudian , Mahathir marah DSNR menghantar 5,000 orang Melayu Islam mengerjakan Haji , lalu menganggapnya sebagai Haji yang tidak sah.
Begitu lah kedekutnya Mahathi.
Kepada Mahathir wang rakyat seharus menjadi projek supaya boleh didapati oleh kroninya.
Ia adalah cara untuk alih wang kepada kroni dan diri sendiri tanpa Nampak seolah olah mencuri.
Berbalik kepada topik diatas, dengan mengujudkan 4 negeri PAS dibawah naungan Mahathir (SG4), maka ia boleh dijadikan ‘decoy” kononya demi kebaikan pelaburan dan mendapat nasihat Mahathir.
Ia sebagai diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Samsuri kerja kerja penyelarasan untuk tujuan gabungan 4 negeri ini diletak bawah Mahathir .
Pada pendapat kami , sebenarnya , gabungan 4 negeri PAS ini sekadar mahu menjadi benteng untuk memberi tekanan kepada kerjaan pusat Sahaja.
Ini supaya boleh membida banyak perkara dari Pusat untuk akur kepada beberpa permintaan dari Mahathir sendiri melalui PAS.
Mahathir amat terkenal dengan perguna pihak lain , dan ini antara caranya setelah PAS terhutang budi kepada Mahathir.
Kami percaya Mahathir akan cuba pergunakan 4 negeri PAS yang berada dibawah penguasaanya bagi berbuat degil atas beberapa perkara terhadap Kerajaan pusat dan mahu membida untuk menguggurkan banyak kes yang dihadapi oleh Mahathir dan pemimpin Perikatan Nasional.
Perkara gabungan ini jangan dipandang kecil kerana tidak mustahil cadangan keluar dari Pusat mungkin muncul jika Mahathir dan Tun Daim tidak dapat lepas dari kes kes mereka.
Pihak portal kami juga percaya kes saman seorang kroni Mahathir terhadap MB Kedah Sanusi Md Nor juga berkemungkinan akan diselesai diluar mahkamah kerana Sanusi turut akur kepada gabungan 4 negeri ini atau digelar SG4.
Apapun sebaik Sahaja PAS dan 4 negerinya menerima secara rela untuk Mahathir menjadi penasihat umpama “Council of Elders” ia sebenarnya sebagai persiapan 4 negeri PAS (SG4) menerima kedatangan Imam Mahadi mereka tetapi dalam bentuk Mahathir.
Kerosakan demi kerosakan akan dilakukan terhadap negara kerana mengetahui Mahathir hanya tahu mengganggu negara sahaja.
Adakah wang pelaburan yang dimaksudkan akan dibawa masuk oleh Mahathir adalah sebenarnya wang Mahathir sendiri yang sekian lama cuba dibawa masuk?