Leka bersembang, wanita tertelan AirPod Pro



Leka bersembang, wanita tertelan AirPod Pro

Leka bersembang, wanita tertelan AirPod Pro
FOTO HIASAN

Denver: Seorang ejen hartanah di Utah, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini, secara tidak sengaja menelan AirPod Pro milik suaminya yang disangkakan vitamin ketika wanita itu sedang asyik bersembang dengan rakan.

Insider melaporkan Tanna Barker, 52, berkongsi kejadian itu dalam video TikTok. Ia tular dan sudah ditonton 2.1 juta kali.

Barker, 52, memberitahu dia memantau keadaan kesihatannya – selepas dinasihatkan oleh ahli keluarga yang terbabit dalam bidang perubatan – untuk membiarkan objek itu berlalu keluar secara semula jadi.



Menerusi TikTok, Barker berkata, kemalangan itu ketika dia sedang berjalan-jalan dan terserempak dengan seorang rakan.

“Sambil asyik berbual dengan kawan, saya mengambil ‘vitamin’ dan terus menelannya. Sesuatu terasa pelik, saya mulanya menganggap pil vitamin yang biasa diambil ‘disatukan dalam bentuk yang aneh’.

Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada rakannya, Barker berkata, dia menyedari pil itu masih berada di tangannya.

Rupa-rupanya, dia secara tidak sengaja menelan AirPod Pro sebelah kiri.



Barker berkata dia pulang ke rumah dan menceritakan apa berlaku kepada suaminya dan kemudian mereka mula menghubungi ahli keluarga yang mempunyai karier dalam bidang perubatan.

“Hampir kesemua mereka berkata untuk membiarkan AirPod itu keluar (dari badan) secara semula jadi,” katanya sebelum berkongsi hal itu kepada 4,000 pengikut TikToknya.

Leka bersembang, wanita tertelan AirPod Pro


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Mahathir umpama bahan pameran muzium di Mesir” – Nur Jazlan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker