Terbukti Muhyiddin tidak layak jadi Penasihat ‘SG4’

Oleh – Bakhtiar Omar


Terbukti Muhyiddin tidak layak jadi Penasihat 'SG4'

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) membuktikan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak layak untuk dijadikan Penasihat ‘SG4’.



Dimanakah ‘maruah’ Muhyiddin selaku Presiden BERSATU dan Pengerusi Perikatan Nasional apabila ‘SG4’ menamakan Mahathir sebagai ‘Penasihat Tidak Rasmi’?

Diamanakah pemikiran PAS apabila memilih seorang yang kalah dan hilang deposit dalam pilihanraya untuk dijadikan Penasihat sedangkan ketika berkuasa dahulu, negeri yang dikuasai PAS langsung tidak dipedulikan beliau.

Terbukti Muhyiddin tidak layak jadi Penasihat 'SG4'

Adakah sebab PAS lebih memikirkan kewangan ‘kantung’ yang semakin menyusut apabila akaun BERSATU disita oleh pihak berkuasa berikutan siasatan yang dijalankan?



Apa ‘perjanjian’ sebenar PAS-Mahathir yang tidak diketahui penyokong mereka? Tindakan mereka secara tiba-tiba ‘lembik tengkuk’ kepada Mahathir mengundang prejudis dikalangan ahli PAS itu sendiri.

Nampaknya, PAS semakin menuju liberalisme bila memilih untuk bersama dengan individu yang pernah memusuhi PAS sehingga berlaku ‘Peristiwa Memali’.

PAS kini lebih terbuka menerima ‘Mahathirisme’ sebagai platform baru politik mereka asalkan ‘matlamat’ sebalik kerjasama itu dapat dilaksanakan.

Mungkin pemimpin ‘SG4’ dapat menjelaskan kepada penyokong mereka alasan wajar melantik Mahathir sebagai Penasihat.



Empat negeri bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) bersetuju mewujudkan kerjasama dikenali sebagai “State-Government 4” atau SG4 bersama bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Dan khususnya beliau memberi pesanan dalam urus tadbir yang cekap, yang diperlukan di peringkat negeri supaya kelulusan projek itu dapat diberikan dengan lebih efisien kerana tidak efisienlah yang menyebabkan pelabur-pelabur lari,” – PN bentuk kerjasama dengan Mahathir – 14/9/2023

‘SG4’ adalah gabungan kerjasama 4 negeri PAS dikenali sebagai ‘State Government 4’ akan memfokuskan isu seperti pertanian, industri, pelancongan dan lain-lain kerjasama.

Menurut Ahmad Samsuri Mokhtar, Mahathir akan memainkan peranan secara tidak rasmi, terutama dalam menghubungkan SG4 bersama pelabur luar seperti Jepun dan Korea.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button