Terlelap jadi punca pemandu kereta langgar motosikal
Terlelap jadi punca pemandu kereta langgar motosikal

HULU SELANGOR: Terlelap ketika memandu menyebabkan seorang lelaki berusia 54 tahun gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar seorang penunggang motosikal, hari ini.
Kejadian kira-kira jam 1 tengah hari di Kilometer 5 Jalan Sungai Choh-Bukit Beruntung di sini itu, menyebabkan penunggang motosikal lelaki berusia 26 tahun cedera di paha kanan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata kemalangan itu membabitkan kereta Perodua Bezza dan motosikal Yamaha 125ZR.
Katanya, siasatan awal mendapati pemandu Perodua Bezza dari Sungai Choh ke Bukit Beruntung.
“Dia dipercayai terlalu mengantuk sebelum hilang kawalan kenderaan dan terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar penunggang motosikal yang juga dari arah bertentangan.
“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.
Ahmad Faizal berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Terlelap jadi punca pemandu kereta langgar motosikal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Memo IPIC bocor, Pendakwaraya jawap “No Komen”
- Hadi Awang Menipu Lagi
- Isham Jalil Hanya Berani Mengacah Dari Luar Gelanggang
- Amaran Terakhir Polis Kepada Penganjur Himpunan Selamatkan Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :