Cadang kadar GST 4%

Cadang kadar GST 4%

Cadang kadar GST 4%
SELEPAS pengenalan semula SST, ramai pakar mengetengahkan pandangan supaya GST wajar diperkenalkan semula.

Kuala Lumpur: Kerajaan perlu membuat pertimbangan serius untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan penetapan kadar tiga atau empat peratus.

Setiausaha Agung Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (Mata), Dr Mohd Fairuz A Razak berkata, pertimbangan itu diperlu diberi perhatian memandangkan sifat dan mekanisme GST, antara lain dapat membantu kerajaan dalam aspek kutipan hasil cukai khususnya dalam sektor ekonomi tidak formal.

Katanya, sistem percukaian yang pernah dilaksanakan negara pada April 2015 lebih adil, terutama ke atas industri tidak formal.



“Ia sudah pasti tidak akan memberi kesan besar kepada rakyat secara keseluruhan dengan pelaksanaan semula GST pada kadar tiga atau empat peratus,” katanya.

Mohd Fairuz berkata, GST adalah pendekatan terbaik untuk mengesan industri yang lari daripada pelaporan dan bayaran cukai.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terbukti Muhyiddin tidak layak jadi Penasihat ‘SG4’




“Dicadangkan pemantauan harga melalui mekanisme GST oleh pembayar cukai dilaksanakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan di sokong oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)

“Dengan pengenalan GST ini, negara akan melangkah setapak lagi ke arah status negara maju dan rakyat akan berada dalam sistem percukaian yang lebih adil, telus dan efisien,” katanya.

Beliau menjelaskan, dalam pelaksanaan GST sebelum ini, regim percukaian itu dapat menurunkan cukai korporat dan cukai individu ke paras lebih kompetitif serta progresif berbanding negara jiran bagi memberi galakan pertumbuhan perniagaan baharu dan pelaburan asing dalam negara.

“Ini juga trend seluruh dunia dan dibuktikan apabila cukai korporat dan individu diturunkan beberapa kali semasa era GST dilaksanakan. Bantuan yang boleh diberi dari segi pemberian tambahan untuk bantuan tunai atau baucar bulanan kepada gologan B40 (subsidi bersasar),” katanya.



Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, baru-baru ini berkata kerajaan tidak menolak untuk memperkenalkan semula GST yang dimansuhkan sebelum ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

4 negeri PAS  buat persiapan sambut “Imam Mahathir”


Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan akan mengutamakan strategi untuk meluaskan sumber hasil negara, termasuk fokus membangunkan Cukai Keuntungan Modal (CGT), yang dijadualkan dilaksanakan pada 2024.



GST kali pertama dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 pada kadar enam peratus.

Rejim percukaian itu kemudiannya digantung pada 1 Jun 2018 dan akhirnya dimansuhkan apabila ia digantikan dengan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula 1 September 2018.

Kadar cukai semasa bagi cukai jualan adalah lima peratus dan 10 peratus manakala kadar cukai perkhidmatan ialah enam peratus.

Selepas pengenalan semula SST, ramai pakar mengetengahkan pandangan supaya GST wajar diperkenalkan semula.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Mahathir umpama bahan pameran muzium di Mesir” – Nur Jazlan

Kementerian Kewangan dijangka memberikan penjelasan mengenai GST yang akan diperkenalkan semula atau sebaliknya di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Fairuz berkata, antara inisiatif baik yang boleh dilaksana kerajaan dalam Belanjawan 2024 adalah menggubal akta cukai lama yang sudah tidak relevan.



“Mungkin dari situ, kita boleh tingkatkan keberkesanan kutipan cukai. Pada masa sama, pendekatan mengenai kepentingan cukai dan kelebihan yang boleh diberikan kepada pembayar contohnya ‘green lane’ di lapangan terbang atau kurang faedah pinjaman.

“Daripada slogan yang selalu dilaungkan rakyat mesti ada kesedaran bahawa membayar cukai bukan perkara membebankan, sebaliknya tanggungjawab sosial untuk menjana hasil negara,” katanya.

Selain itu, katanya, negara perlu menggalakkan perniagaan mikro berdaftar dengan kerajaan untuk memastikan usaha ke arah itu berhasil.

“Masalahnya kini, ada stigma apabila (perniagaan mikro) mendaftar, maka kena cukai atau kena audit dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan sebagainya.

“Pemikiran ini mesti diperbetulkan bahawa dengan memasuki sistem percukaian kerajaan boleh mengetahui bantuan apa yang boleh dihulurkan, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya.

Cadang kadar GST 4%


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button