Polis kesan waris mangsa kemalangan maut di MRR2 Pandan Indah



Polis kesan waris mangsa kemalangan maut di MRR2 Pandan Indah

Polis kesan waris mangsa kemalangan maut di MRR2 Pandan Indah
Polis kesan waris mangsa kemalangan maut di MRR2 Pandan Indah

AMPANG JAYA: Polis sedang mengesan waris kepada seorang lelaki yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), berhampiran Pandan Indah, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata nahas dipercayai berlaku kira-kira jam 4.46 pagi.

Katanya, mangsa berusia 40-an, berkulit warna sawo matang serta memakai baju gelap dan berkain pelikat itu ditemui pengguna jalan raya yang melalui lebuh raya berkenaan.



“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Azam berkata, mangsa tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri, namun pihak polis menemui beberapa barangan peribadi seperti dompet yang di dalamnya terdapat wang tunai dan sebuah telefon bimbit yang telah rosak.

Katanya, turut dijumpai sekeping gambar berukuran saiz pasport, dipercayai milik mangsa.

“Siasatan lanjut, mendapati kawasan kemalangan tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup,” katanya.



Beliau berkata, polis kini sedang berusaha mengenal pasti identiti mangsa melalui cap jari bagi pemeriksaan biometrik.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai mangsa atau waris boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Navine Gunasegaran di talian 012-6436327 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran.

Polis kesan waris mangsa kemalangan maut di MRR2 Pandan Indah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker