Ronaldo disambut luar biasa di Iran [VIDEO]



Ronaldo disambut luar biasa di Iran [VIDEO]

Ronaldo disambut luar biasa di Iran [VIDEO]
(Gambar kiri) penduduk Iran mengerumuni bas yang dinaiki Ronaldo di Iran semalam.
KAPTEN Al-Nassr, Cristiano Ronaldo menerima sambutan hangat di Iran dalam lawatan pertama pasukan Arab Saudi itu ke Iran sejak 2016 menjelang perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia.

Jalan di negara itu penuh sesak dengan peminat yang menaikkan sepanduk mengalu-alukan Ronaldo sebaik ketibaan pasukan Arab Saudi itu.

Al-Nassr akan menentang pasukan Iran, Persepolis dalam Kumpulan E pada awal pagi esok manakala pasukan Qatar, Al-Duhail menentang pasukan Istiklol Dushanbe dari Tajikistan.



Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan bahawa perlawanan antara pasukan Saudi dan Iran akan diadakan timbal balik selepas persetujuan kedua-dua persekutuan tempatan.

Sebelum ini, perlawanan berlangsung di stadium berkecuali sejak 2016 kerana hubungan diplomatik yang tegang antara kedua-dua negara, yang mana warga Arab Saudi tidak dibenarkan pergi ke Iran.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

United Nation Sahkan Malaysia Sudah Selamat


Terdapat penyokong yang menceroboh hotel tempat tinggal pemain Al Nassr walaupun cuba dihalang oleh anggota keselamatan, selain melaungkan nama Ronaldo, dengan kanak-kanak dan wanita membawa gambar kapten Portugal itu.

Al-Nassr turut menyiarkan beberapa gambar Ronaldo menerima permaidani mewah buatan tangan Iran daripada penyokong Persepolis.

“Cristiano Ronaldo, selamat datang ke Iran. Tanda penghargaan, karya seni tenunan tangan asli yang dibuat oleh artis Iran untuk memperingati kehadiran anda di Iran, bagi pihak peminat Persepolis,” tulis peminat.



Kanak-kanak memakai baju Al-Nassr dan Portugal yang tertera nama dan nombor Ronaldo, dan beberapa peminat mempersembahkan sambutan terkenal bekas pemain Real Madrid itu. -KOSMO! ONLINE

Ronaldo disambut luar biasa di Iran [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker