Trishya & Co sasar tembusi pasaran global



Trishya & Co sasar tembusi pasaran global

Trishya & Co sasar tembusi pasaran global
DR Raskidah (tengah) melihat koleksi emas Trishya & Co.

TRISHYA & Co menyasarkan untuk menembusi pasaran global apabila bakal mengadakan pameran koleksi produknya di London akhir tahun ini.

Pengasas Bersama Trishya & Co, Datin Dr Raskidah Ali berkata, pihaknya teruja dengan tawaran pameran itu selain sudah bersedia berkongsi keunikan rekaan barangan kemas jenama itu di peringkat antabarangsa.

Katanya, ia membabitkan koleksi loket pesona seperti bahulu, wau bulan, kuih lapis, gong dan durian yang disuai padan dengan gelang tangan gelung di mana set ikonik itu dinamakan Links of Malaysia (LOM) bagi mengetengahkan keunikan negara.



“Kami optimis koleksi emas Trishya & Co dapat menarik peminat emas di sana dan berharap penyertaan ke pameran fesyen terbesar di London itu nanti dapat mengangkat jenama ini setaraf produk antarabangsa.

“Melalui Trishya & Co, kami bukan saja menghasilkan rekaan barangan kemas untuk wanita dan aksesori lelaki yang berkualiti tinggi malah menyasarkan menjana ekonomi negara dengan menampilkan rekaan bercirikan Malaysia yang boleh dijadikan kenangan buat pelancong yang berkunjung ke negara ini,” katanya.

Beliau berkata, selain itu pihaknya turut memperkenalkan koleksi terbaharu Lady Bug yang juga koleksi pertama kanak-kanak keluarannya.

Menurutnya, syarikat juga dalam usaha menarik minat orang muda memiliki barangan kemas keluaran syarikatnya dengan pelan simpanan emas melalui pembayaran bulanan serendah RM200 dalam tempoh enam hingga 12 bulan.



“Selepas cukup tempoh simpanan itu, pelanggan boleh menuntut koleksi barangan kemas ditempah di Trishya & Co,” katanya.

Trishya & Co sasar tembusi pasaran global


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker