Kembalikan GST – Najib Razak telah bertindak betul.
Oleh Adam Malik
Beberapa siri kenyataan telah dibuat oleh pihak Kerajaan dan Menteri Menteri tertentu untuk cadangan mengembalikan GST .
Antaranya Rafizi Ramli dan beberapa pakar ekonomi dan juga badan penyelidikan.
Sebenarnya dari era pemerintahan Datuk Seri Najib Razak pun GST telah dikaji terlebih dahulu sebelum di implementasikan oleh Kerajaan pimpinan DSNR.
Ia bukan pelaksanaan sembrono dan ikut trend semasa sahaja.
KAJIAN KEBERKESANAN GST DILAKUKAN LEBIH AWAL
Ketika seluruh dunia dan semua rakan kongsi niaga Malaysia termasuk semua negara jiran mengadaptasi sistem percukaian GST , Malaysia juga sudah mengkaji terlebih dahulu buruk baiknya serta kesan kesan penukaran dari sistem cukai SST kepada GST.
Sememangnya banyak kebaikan serta faedah perlaksanaan GST terutama dari segi membenteras pelarian cukai pihak pihak tertentu. (Tax Evaders)
Jika ada Syarikat atau entiti perniagaan mahu manipulasi GST pun ia tetap dapat dikesan dan diambil Tindakan oleh pihak berkuasa.
Dengan sistem cukai SST banyak ketirisan telah terjadi dan pihak tertentu telah ambil untung dua kali.
Pertama , mereka boleh menipu pembeli dan kedua mereka boleh menipu Kerajaan Ketika ‘submission’ hasil perniagaan kepada Lembaga Hasil Dalam Negara.
Kini, akibat tekanan ekonomi dan peredaran waktu, maka akhirnya realiti telah kembali kepada pemerintah bahawa GST sebenarnya terbaik.
Negara jiran mendapat faedah dari GST dan beban perbelanjaan kerajaan negara jiran tidak dibebankan dari pendapatan lain.
Di zaman era pemerintahan DSNR , salah satu polisi ekonomi beliau adalah mengurangkan pergantungan hasil negara kepada PETRONAS Sahaja.
DSNR telah membuat pelaburan disyarikat Syarikat yang dikategorikan sebagai “sunrise industry” seperti perniagaan “online” dan “medical hub” serta pelaburan luar negara.
Ini supaya tidak semua telur diletak didalam satu bakul.
Begitulah bijaknya pandangan ekonomi DSNR. Atau dikenali sebagai “Najibnomic”.
Namun, semua ini dihancurkan oleh Tun Mahathir apabila alih pemerintahan negara.
Kerana tidak cukup sumber banyak aset negara telah tergadai dan hutang bertambah.
Pelabur lari bertempiaran kerana mengeahui siapa Tun Mahathitr dan Tun Daim dan sifat ‘greedy’ pantang Nampak peluang perguna proksi dan kroni mereka.
MAHATHIR SLUMP PUNCA EKONOMI MERUDUM
Insiden ekonomi ini diberi nama ‘Mahathir Slump’
Berbalik kepada isu kembalikan GST , hanya DSNR Sahaja yang layak mengemudi isu ini.
Ini atas sebab tidak akan berlaku ‘kesipuan’ kerana DSNR yang meng’implementasi’kan nya.
Jika Rafizi Ramli atau Tun Mahathir atau mana mana saki baki Kerajaan PH1.0 yang cuba implementasikan GST , ia bakal terima ‘backlash’ dari rakyat.
“Kenapa dulu gatal membasmi GST?” antara kritikan yang bakal diterima.
Malah, DAP versi Mahathir telah ‘demonised’ GST dengan mencipta lagu anti GST dengan lagu ABCD-GST
Maka, amat susah jika puak puak yang sama yang menakut nakutkan Rakyat Malaysia dengan GST tiba tiba mahu kembalikan GST.
Pasti akan diejek ejek dan dicemuh rakyat.
Sebenarnya dulu pun mereka tahu kebaikan GST tetapi sebab hendak menjatuhkan DSNR maka mereka menjadikan modal “Sana GST Sini GST”
Malah jika DSNR tidak ‘adopt’ GST pun pasti jadi isu dan disoal kenapa DSNR tidak melaksanakan GST?
Maka, yang paling sesuai untuk kembalikan GST adalah DSNR sendiri .
Kerajaan hari ini perlu buang ego dan malu untuk menyatakan “Najib Razak was right all along”
Hanya negara Malaysia Sahaja didalam dunia yang mengamal sistem cukai SST tukar kepada GST dan ingin kembalikan kepada GST.
Negara lain tidak ada yang gila seperti Malaysia.