‘Tidur’ selama 22 tahun, kini Mahathir mahu bantu 4 negeri Melayu

'Tidur' selama 22 tahun, kini Mahathir mahu bantu 4 negeri Melayu
Tun Dr Mahathir Mohamad

Oleh Adam Malik


22 tahun tidur sebagai Perdana Menteri, baru sekarang Mahathir mahu beri nasihat membantu ekonomi 4 Negeri PAS (SG4)?

Ketika berkuasa penuh tidak lakukan, sudah tidak berkuasa baru pandang negeri Melayu.

Semalam Tun Mahathir dilaporkan memberi taklimat kepada pemimpin negeri PAS dibawah block SG4.



Perbincangan dilakukan antara beliau dan wakil dari negeri Kedah .

 Antara kenyataan Mahathir, beliau mahu tingkatkan ekonomi 4 negeri ini dan ingin membantu dengan memberi nasihat supaya boleh memajukan ekonomi dan Pembangunan negeri dan rakyat.

'Tidur' selama 22 tahun, kini Mahathir mahu bantu 4 negeri Melayu

Selain itu , dalam perbincangan selama 2 jam ini , Mahathir turut mengutarakan mahu memperkasakan kepimpinan dan membenteras rasuah dikalangan kepimpinan dan Kerajaan SG4 ini.



Walaupun bunyinya pelik kerana Mahathir juga melindungi pemimpin Kluster Mahkamah dari Parti BERSATU, namun itu lah yang disebut olehnya

Mengenali Mahathir , kenyataan adalah percuma dan laku untuk hari ini Sahaja, maka Mahathir boleh beri apa Sahaja kenyataan yang sesuai untuk hari ini dan memberi alasan pada hari lain.

Mahathir yang secara tidak langsung telah menjadi pemimpin De Facto Perikatan Nasional dan sekaligus jadi pemimpin PAS seperti dinyatakan oleh Salleh Syed Keruak.

Walaupun cuba diselimuti dengan konon nya SG4 ini semata mata gabungan untuk ekonomi dan kesejahteraan rakyat, harus difaham bahawa Mahathir terlalu banyak muslihat politik.



Ramai percaya  Mahathir akan jadikan SG4 ini platform politik untuk kepentingan perbadinya diatas sebab kedudukan terkini dimana Mahathir sudah tersepit dan terperangkap dengan isu isu yang mula menghantuinya.

Beberapa kes besar sedang menunggu beliau.

Ada juga pihak yang berpendapat bahawa block kedua ini (SG4) mampu memberi tekanan kepada Kerajaan Pusat.

PROKLAMASI MELAYU HANYA RETORIKA MAHATHIR UMPAN ORANG MELAYU


Jika diperhatikan, jika Mahathir mahu membantu mana mana pihak sudah lama dia membantu tanpa banyak bercakap.



Jika pada perakuan Proklamasi Melayu mahu membantu orang Melayu, sudah pasti Mahathir akan terus membantu dan beri cadangan tanpa menyuruh Melayu mengisi borang terlebih dahulu.

Paling menghiburkan adalah Mahathir mahu membawa peningkatan kepada ekonomi orang Melayu di Empat negeri ini.

Secara tidak langsung ia mendedahkan kelemahan dan keburukan Mahathir sendiri kerana telah gagal membangunkan ekonomi Melayu di SG4 selama duapuluh dua tahun pemerintahan nya.

Ketika berkuasa penuh beliau gagal melaksanakan apakah sudah tidak berkuasa beliau mampu?



Atau , sekadar nasihat Sahaja dan tidak lebih dari itu.

Dari segi pelaburan yang dikatakan oleh Mahathir adakah benar katanya itu?

MANA PELABUR RM500 JUTA DI LANGKAWI?


Mahathir pernah memberi maklum  bahawa ada pihak berminat mahu melabur di Langkawi Kedah sebanya RM500 juta.

Apakah sudah diusahakannya jika benar untuk kebaikan rakyat dan Mahathir sebagai Negarawan tulin akan membawanya masuk , atau mahu membida sesuatu terlebih dahulu baru mahu bawa masuk?



Persoalan persoalan ini semua timbul kerana memahami Mahathir.

Kepada Mahathir yang sangat penting adalah kepentingan kroni kroninya.

Maka, menjadi pertanyaan apabila Mahathir umum mahu membantu kerana kali terakhir Mahathir membantu PAS , beliau telah dapat Empat negeri sebagai bayaran.

Kali ini apa pula bidaan nya?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button