Presiden ICC antara individu dikehendaki Rusia



Presiden ICC antara individu dikehendaki Rusia

Presiden ICC antara individu dikehendaki Rusia
PIOTR Hofmanski. FOTO AFP.

Moscow: Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Rusia menyenaraikan Presiden Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Piotr Hofmanski dalam senarai dikehendaki negara itu, lapor Xinhua, memetik laporan media tempatan pada Isnin.

“Hofmanski Piotr Jozef, Poland. Dikehendaki di bawah artikel Kanun Jenayah Persekutuan Rusia,” lapor TASS, memetik kenyataan daripada pangkalan data kementerian.

Selain Hofmanski, Naib Presiden Pertama ICC Luz del Carmen Ibáñez Carranza dan hakim Bertram Schmitt juga telah dimasukkan ke dalam senarai dikehendaki.



ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Rusia Vladimir Putin dan Pesuruhjaya Presiden bagi Hak Kanak-Kanak Maria Lvova-Belova pada 17 Mac tahun ini atas dakwaan jenayah perang pengusiran yang menyalahi undang-undang kanak-kanak Ukraine.

Presiden ICC antara individu dikehendaki Rusia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker