Radzi Jidin tidak perlu gelabah, ikut sahaja teladan Najib dan Zahid
Oleh Adam Malik
Nampak gaya Ahli Parlimen Putrajaya, Radzi Jidin begitu gelabah dan kalam kabut dengan isu yang terkait dengan dirinya.
Pada sesi Parlimen ketika berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sidang Parlimen juga telah terlihat gelagat Radzi Jidin begitu tertekan.
Bahasa badan (Body language) dan telatah RJ Ketika mempertahankan dirinya sahaja sudah cukup “giveaway” yang ada sesuatu tidak kena pada penghujahan RJ berama DSAI.
RJ terlihat seperti hilang kawalan emosi sedangkan pertuduhan apa pun di Parlimen tidak mendatangkan apa apa sekadar persepsi sahaja mlainkan ada tindakan diluar Parlimen
Namun, atas sebab terlalu jelas RJ menjerit jerit maka, syak wasangka pun muncul.
Akhirnya ternyata ada pelbagai aduan dan sebaran dibuat beberapa pihak atas kisah rundingan projek secara ‘Direct nego” oleh Pegawai RJ sendiri.
BIARLAH SPRM SIASAT SECARA TELUS
Walaupun pelbagai penafian dibuat oleh RJ sendiri termasuk berkenaan kisah isterinya namun ia tidak perlu buat masa ini kerana SPRM sudah pun mencekup Pegawai RJ.
Apa yang perlu RJ lakukan adalah bertenang dan tunggu panggilan SPRM dalam masa terdekat ini.
RJ harus ambil contoh pada apa yang pernah terjadi kepada Mantan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO sendiri Datuk Ahmad Zahid Hamidi.
Kedua pemimpin ini tenang menghadapi tuduhan demi tuduhan yang direka cipta oleh Kerajaan Tun Mahathir dan DAP 1.0 bersama bekas Peguam Negara Tommy Thomas.
RJ dan parti BERSATU tidak boleh menuduh dirinya dan pegawai nya kena siasat akibat bermusuhan dalam Parlimen atau menggelar “Anwar Peliwat” dalam Parlimen, kerana kes RJ sudah berada dalam radar SPRM lama sebelum ini.
Kes percetakan buku ini sudah lama menjadi bualan mulut dimerata laman Medsos.
Malah, Ahmad Zahid pun kena dakwa selepas enggan bubar UMNO arahan Tun Mahathir.
Maka, sama ada kes terhadap RJ atau pegawai nya betul atau tidak/ penafian tidak perlu dibuat dimedia tunggu sahaja Tarikh bicara dimahkamah apabila kes dibuka.
RJ harus ikut teladan DSNR dan AHZH , menjawap dan berhujah dalam mahkamah.
Itu yang terbaik.