Undi PAS dapat Mahathir, apa kata Peneroka Felda?
Kempen PRK Pelangai
Oleh – Bakhtiar Omar
PAS (Parti Islam Se-Malaysia) baru-baru ini menyatakan hasrat untuk melantik Tun Mahathir sebagai Penasihat Ekonomi untuk SG4.
Walaupun Mahathir bukan sebahagian daripada Perikatan Nasional, tindakan PAS ini dilihat sebagai satu ‘insurans’ politik untuk PAS.
Mengapa bukan Muhyiddin Yassin yang diberikan penghormatan tersebut? PAS bersama BERSATU membentuk gabungan Perikatan Nasional tetapi PAS seperti tidak percaya kepada kemampuan Muhyiddin dalam hal ekonomi.
Ini memberi persepsi berlaku sesuatu dalam Perikatan Nasional. Namun demikian, ia masih dirahsiakan untuk kepentingan politik masing-masing.
PAS dalam pada itu bertanding di Pilihanraya Kecil (PRK) Pelangai mewakili Perikatan Nasional. Mereka menentang calon Barisan Nasional dan seorang calon bebas.
Tumpuan utama pada PRK Pelangai pastilah antara BN dan PN. PAS hampir pasti akan membawa Penasihat Ekonomi SG4, Tun Mahathir dalam kempen bagi membantu calon PN.
Namun demikian, nama Mahathir tidak begitu digemari kalangan Peneroka Felda. Ini kerana sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, peneroka Felda tidak mendapat pembelaan sewajarnya dari Mahathir. Beliau sekali lagi menjadi Perdana Menteri pada 2018, peneroka Felda lebih teruk terseksa dengan kejatuhan harga komoditi sawit akibat keceluparan Mahathir terhadap pengimport sawit terbesar Malaysia, China.
FELDA, JASA & AIRMATA SAKSI PERJUANGAN BAGI MEMASTIKAN BUMIPUTERA ADA TANAH MILIK SENDIRI
FELDA, satu penempatan peneroka yang bergantung nasib kepada hasil tanaman teruatama sawit. Penempatan yang diilhamkan oleh Tun Razak ternyata telah memberi manfaat kepada ribuan peneroka dan kini diwarisi pula oleh ribuan generasi kedua FELDA.
Ini antara perjuangan yang dihasilkan Barisan Nasional untuk memastikan Bumiputera memiliki tanah sendiri yang diusahakan. Terbukti usaha tersebut sudah berhasil setelah segala bayaran dilunaskan para peneroka Felda.
Kini, para Peneroka FELDA boleh tersenyum selepas memiliki tanah kebun seluas 10 ekar dan suku ekar bagi kediaman.
Tidak ada sesiapapun dari kalangan Peneroka FELDA boleh menafikan jasa BN untuk golongan Peneroka.
DEMOKRASI BUKA PELUANG KEPADA SEMUA RAKYAT MEMILIH PEMERINTAH TERBAIK
Sistem Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di Malaysia membuka ruang dan peluang kepada rakyat memilih pemerintah yang terbaik bagi mewakili mereka.
Biarpun BN pernah berjasa kepada rakyat sehingga 60 tahun, ia tidak memberi jaminan untuk kekal sebagai sebuah kerajaan selamanya. Rakyat berhak mendapat kerajaan yang lebih baik dari BN sekiranya ada yang mampu.
Hakikat yang peru ditelan rakyat sekarang, untuk mendapat sebuah kerajaan seperti BN yang telah berjaya membangunkan negara dan membuka peluang seluasnya untuk rakyat tidak lagi sama seperti dahulu.
Sejak 2018, poltik Malaysia tidak lagi berada dalam satu situasi stabil dan tidak boleh digugat. Sejarah menyaksikan buat pertama kali selepas 1957, Perdana Menteri Malaysia bertukar sebanyak 3 kali dalam tempoh 5 tahun (sepenggal).
Adakah rakyat mahu ‘memperjudikan’ nasib mereka sekali lagi seperti 2018?
Pastikan pilih pihak yang betul-betul mampu menjaga rakyat dan negara dengan baik bila peluang demokrasi diberikan.