Latih 13 anjing serang polis
Latih 13 anjing serang polis

New Delhi: Pengedar dadah di India didakwa melatih 13 anjing ganas untuk mengawal dan menyerang mana-mana polis yang melakukan serbuan di rumahnya.
Isnin lalu, sembilan Polis Kerala menghadapi serangan anjing terbabit ketika menyerbu rumah suspek di Kottayam,
Anjing berkenaan termasuk jenis Pitbull, Rottweiler dan baka hampir sama berada di perkarangan rumah ketika polis tiba.
Menurut Pegawai Polis K Karthik, meskipun pengedar dadah dikenali Robin sempat melarikan diri hasil ‘kawalan’ anjingnya, polis tetap berjaya merampas 13 kilogram (kg) kanabis.
“Serbuan itu dijalankan hasil maklumat dan risikan pasukan. Selepas memperoleh waran daripada mahkamah, kami ke rumah itu namun, suspek sempat melarikan diri.
“Difahamkan, suspek adalah jurulatih anjing dan pernah membuka pusat jagaan anjing.
“Kami juga mendapati dia melatih anjing-anjingnya untuk menyerang orang memakai pakaian berwarna khaki (polis). Dadah dirampas dan suspek masih dalam buruan,” kata Karthik.
Penduduk tempatan dilapor terkejut dengan kehadiran ramai polis di kawasan itu dan masing-masing mendakwa tidak mengetahui perniagaan dadah yang diusahakan suspek.
Penduduk menyangka individu yang keluar masuk di rumah itu sebagai pemilik anjing dan tidak tahu mereka membeli dadah atau terbabit sebarang aktiviti menyalahi undang-undang.
Latih 13 anjing serang polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Undi PAS dapat Mahathir, apa kata Peneroka Felda?
- Radzi Jidin tidak perlu gelabah, ikut sahaja teladan Najib dan Zahid
- Masalah Beras Boleh Meruntuhkan Kerajaan Perpaduan
- Peluang Kerajaan Perpaduan Dapatkan Kembali Majoriti 2/3
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :