Lebih 100 maut dalam kebakaran di majlis perkahwinan



Lebih 100 maut dalam kebakaran di majlis perkahwinan

Lebih 100 maut dalam kebakaran di majlis perkahwinan
Anggota bomba memeriksa bangunan yang musnah. – FOTO AFP

Nineveh, Iraq: Lebih 100 orang terbunuh dan 150 cedera dalam kebakaran di sebuah majlis perkahwinan di wilayah Nineveh Iraq yang menyebabkan pertahanan awam perlu mencari mangsa di celah serpihan bangunan.

Timbalan Gabenor Nineveh Hassan al-Allaq memberitahu Reuters bahawa 113 orang telah disahkan meninggal dunia, dengan media kerajaan menyatakan angka kematian sekurang-kurangnya 100, dengan 150 orang cedera.

Kebakaran melanda sebuah dewan acara besar di daerah Hamdaniya selepas suar dinyalakan semasa sambutan itu, menyebabkan kebakaran di siling, kata Menteri Dalam Negeri Abdul Amir al-Shammari menurut laporan media kerajaan.

Kebanyakannya penduduk Hamdaniya beragama Kristian.



Video acara itu, yang disiarkan di media sosial tetapi belum disahkan oleh Reuters, kelihatan menunjukkan suar tiba-tiba menyambar hiasan siling yang berkilauan, menyebabkan suasana bertukar panik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Yang PAS Tak Mampu Lakukan Waktu Bersama DAP Sebagaimana UMNO


Satu lagi video yang belum disahkan Reuters menunjukkan pasangan berpakaian pengantin menari ketika bahan yang terbakar mula jatuh ke lantai.

Kementerian Dalam Negeri berkata ia telah mengeluarkan empat waran tangkap untuk pemilik dewan perkahwinan itu, lapor media kerajaan, dan Presiden Abdul Latif Rashid menggesa siasatan.

“Kami melihat api marak keluar dari dewan. Mereka yang berjaya keluar dapat menyelamatkan diri dan mereka yang gagal terperangkap,” kata Imad Yohana, 34 tahun yang berjaya menyelamatkan diri.



Video daripada wartawan Reuters di lokasi menunjukkan anggota bomba memanjat ke atas serpihan bangunan yang hangus.

Maklumat awal menunjukkan bahawa bangunan itu diperbuat daripada bahan binaan yang sangat mudah terbakar.

Ambulans dan kru perubatan telah dihantar ke lokasi oleh pihak berkuasa Iraq dan wilayah Kurdistan separa autonomi Iraq, menurut kenyataan rasmi.

Saksi di lokasi kejadian berkata, bangunan itu terbakar sekitar jam 10.45 malam waktu tempatan dan ratusan orang hadir pada majlis berkenaan.



Lebih 100 maut dalam kebakaran di majlis perkahwinan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker