60 barang rumah ditemukan dalam perut



60 barang rumah ditemukan dalam perut

60 barang rumah ditemukan dalam perut
ANTARA objek yang ditemukan dalam perut pesakit.

New Delhi: Lelaki yang menderita sakit perut, rupa-rupanya berpunca daripada tindakannya yang gemar menelan barang di dalam rumah.

Ia terbongkar selepas pesakit itu, Kuldeep Singh, 35, pergi ke sebuah hospital di Punjab, baru-baru ini.

The New York Post melaporkan Kuldeep sebelum itu dilaporkan pergi ke hospital berkenaan kerana mengalami masalah perut yang teruk dan demam panas.



Pakar perubatan melakukan imbasan X-ray di kawasan bermasalah, sebelum menemukan pelbagai objek.

Kuldeep dilaporkan memakan kira-kira 60 barangan termasuk loket, rantai, kacang, bolt, fon telinga, pin keselamatan, magnet, butang baju, zip, dan banyak lagi objek yang tidak boleh dimakan.

Pengarah Hospital Moga Medicity di Moga, Punjab, Ajmer Singh Kalra berkata, Kuldeep mengalami pica iaitu keadaan kesihatan mental yang mengakibatkan penghidap terpaksa menelan barang yang bukan makanan.

Penyakit itu lazimnya terjadi dalam kalangan kanak-kanak, wanita hamil dan mereka yang mengalami gangguan psikiatri, termasuk terutamanya gangguan spektrum autisme, ketidakupayaan intelektual atau skizofrenia.



Menurut Jam Press, saudara-mara pesakit tidak menyedari masalah itu.

Kalra berkata, memakan objek yang tidak boleh dihadam boleh membahayakan kesihatan seseorang, seperti yang berlaku kepada Kuldeep.

“Memandangkan dia sudah makan objek tajam, terdapat luka parah di perutnya,” katanya.

Kuldeep kemudiannya menjalani pembedahan tiga jam yang diketuai oleh pakar bedah Anup Handa dan pakar gastroenterologi, Dr Vishavnoor Kalra.



Menurut Kalra, walaupun prosedur itu berjaya, pesakit masih belum keluar daripada penderitaannya.

“Dia masih menggunakan ventilator (alat bantuan pernafasan) dan dalam keadaan kritikal,” kata Kalra.

60 barang rumah ditemukan dalam perut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker