Busquets sertai Messi di Inter Miami

Busquets sertai Messi di Inter Miami

Busquets sertai Messi di Inter Miami
Sergio Busquets (kiri) akan bergandingan dengan bekas rakan sepasukan Barcelona, Lionel Messi di kelab Major League Soccer (MLS), Inter Milan. – Foto AGENSI

MIAMI: Inter Miami mengumumkan bekas pemain tengah Sepanyol dan Barcelona, Sergio Busquets akan bergandingan dengan Lionel Messi di kelab Major League Soccer (MLS) itu.

Messi pada awal bulan ini berkata, dia akan berpindah ke Miami dan kini akan bergandingan semula dengan bekas rakan sepasukannya di Barcelona.

Inter Miami mengumumkan ketibaan pemain itu di media sosial.



“Si, Busi”, ciapan Inter Miami di Twitter, merujuk kepada julukan terhadap Busquets.

Ciapan itu turut memasukkan pujian terhadap Busquets daripada bekas pengendali Sepanyol, Vicente del Bosque.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian




Mei lalu, Busquets berkata dia akan meninggalkan Barcelona pada musim panas ini sebaik kontraknya tamat.

Pemain 34 tahun itu membuat 143 penampilan untuk Sepanyol sebelum mengumumkan persaraan pada Disember.

Busquets menjadi nadi kejayaan Barcelona sejak 15 tahun lalu, termasuk sembilan gelaran La Liga dan tiga Liga Juara-Juara Eropah.

Busquets bergandingan dengan Andres Iniesta dan Xavi Hernandez di bahagian tengah ketika Sepanyol memenangi Piala Dunia pada tahun 2010.



Pemilik Inter Miami, Jorge Mas berkata, kelab itu akan menandatangani tiga ke lima pemain baharu untuk menyertai Messi.

Inter Miami turut dikaitkan dengan seorang lagi pemain Sepanyol dan Barcelona, bek kiri, Jordi Alba. – AFP

Busquets sertai Messi di Inter Miami


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button