PAS tunggang agama, Mahathir tunggang PAS

Tunggang menunggang membawa bahagia.

Mungkin itu agak nya pendekatan yang diambil oleh kedua pihak, yakni Parti PAS dan Tun Mahathir.

Kedua pihak ini miliki sejarah tunggang menunggang yang jelas sepanjang berpoliik.



PAS sudah sekian lama menunggang nama agama Islam untuk kepentingan nya.

Mahatbir pula sekian lama dikenali tidak berprinsip politik kekal selain hanya kepentingan peribadi yang kekal.

Apa yang untungkan dia itu lah politik nya.

Seperti langau mencari selonggok najis untuk dihinggap



Mahathir boleh membenci satu pihak sekian lama sambil menghasut pihak lain membenci ikut bersama nya , namun apabila perlu Mahathir boleh pusing 360 darjah ikut kepentingan nya dan semua yang ikut Mahathir terperangkap dan terpedaya.

Begitu lah penipuan Mahathir kepada orang Melayu dan UMNO apabila menyuruh mereka membenci Parti DAP.

Apabila terdesak dan perlu, Mahathir campak prinsip nya dan peluk DAP semata mata mahu menewaskan musuh nya.



PAS yang sekian lama ada sejarah membenci Mahathir termasuk kerana insiden pembunuhan ahli PAS di Memali ketika menjadi Perdana Menteri kini sudah memaafkan Mahathir.

Mahafiraun bukan lagi Mahafiraun..

Mahathir sudah disucikan oleh PAS kerana mahu membantu PAS  dengan dana tambah lagi kerana PAS juga sudah menandatangani dokumen Proklamasi Mahathir yang perguna nama orang Melayu.

Seperti seorang Paderi atau Pope di Vatican ,Roma, Pemimpin PAS telah menghapuskan dosa Mahathir.



Begitu lah PAS mentafsirkan agama ikut kehendak politik PAS.

Agama mesti selaras dengan Parti PAS dan bukan sebalik nya.

Jika selama ini PAS menunggang agama , maka Mahathir pula menunggang PAS.



Sama sama tunggang menunggang.

PAS penah dengan pelbagai gabungan dan semua nya cerai berai.

Mahathir juga pernah dengan pelbagai Parti ikut keperluan peribadi nya.

Kini dengan Mahathir berdiri sepentas dengan PAS dan PAS pula telah memaafkan Mahathir maka akan bermula lah penipuan berskala besar terhadap orang melayu.



Mahathir dipercayai akan berdakyah menumpang pentas PAS seperti mana dulu Mahathir berdakyah guna pentas DAP.

Mahathir perlu platform untuk bertapak, PAS pula perukan dana dari kroni kroni kaya Mahathir.

Tanpa izin Mahathir PAS ketiadaan dana.

Ini lah politik tunggang menunggang.

 

 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading