DUN Pelangai   Gelombang Hijau terbantut tidak sampai PRU16

 

Oleh Adam Malik

Apa yang pelbagai pihak lihat dari kemenangan Baarisan Nasional dan Pakatan Harapan pada prk DUN Pelangai adalah kemorosotan undi diperolehi oleh BN pada PRK ini.



Namun , sebenarnya itu bukan cara melihat keputusan dari segi keseluruhan kedudukan politik tanah air , atau gambaran keseluruhan.

Apa yang dilihat pada Enam  PRK lalu adalah kemenangan secara total oleh Parti PAS.

Maka, trend kemenangan ataupun gelombang hijau itu akan berterusan jika ia benar benar satu gelombang.

Tapi malangnya ia terbantut.



Sejurus sahaja selepas enam PRN, PAS dan Bersatu alami kekalahan pada dua PRK selepasnya.

Maka, jelas ini bukan ciri ciri sebuah gelombang.

Bukti gelombang adalah seperti Ketika PAS bersama UMNO didalam Muafakat Nasional dimana kedua parti ini telah memenangi 7 PRK berturut turut setelah bergabung bermula dari PRK Cameron Highland.

Itu lah gelolombang sebenar sebelum Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin berjaya mengula gulakan pemimpin PAS untuk bermain kayu tiga bersama Parti BERSATU.



Semenjak itu Muafakat Nasional hancur lebur akibat kebodohan PAS.

Justeru, pada ramai yang menganalisa konon nya Barisan Nasional telah ketirisan undi pada PRK Pelangai, ia adalah satu kesilapan pendapat yan g sangat besar dan silap dari sudut penelitian.

Apa yang harus dilihat adalah PAS dan PN telah gagal meneruskan gelombang sukses dari PRN .



Nampaknya tidak semua rakyat terpengaruh kepada bawakan PAS.

Tun Mahathir yang mula seronok dengan kejayaan Pas menakluki 3 negeri semula dengan kejayaan lebih besar pasti sekali terduduk kecewa bahawa kemenangan hanya ‘flash in the pan’ sahaja.

Bagaimana PAS akan hadapi PRU16 jika kemenagan di PRN tidak disambung kepada 3 PRK yang lalu?

Ada juga pihak yang berkata Tun Mahathir juga adalah antara punca kekalahan PAS?



Pendirian PAS dilihat tidak selari dengan pendirian Tun Mahathir.

Sambil PAS sentiasa kait ayat Quran dan Hadis demi politik, Tun Mahathir tidak pula begitu.

Ini terbukti satu hipokrasi yang sangat besar.

Sambil PAS melagukan kebencian terhadap judi , maksiat dan arak, tapi PAS bersekongkol dengan Tun Mahathir yang hampir semua kroni nya berniaga berkaitan judi dan arak.



Ini satu kepalsuan yang nyata.

Kita tidak perlu pecah pecahkan jumlah pungutan undi pada DUN Pelangai untuk dianalisis, yang pasti PN gagal bawa kemenangan dikala trend Gelombang Hijau sedang memuncak.

Sama ada BN telah merosot majoriti juga tidak penting, kerana apa yang sepatut nya kemenangan kepada PAS  kerana konon Umat Islam dan Melayu sudah bersama mereka, rupa nya tidak juga.

Sebilangan orang Melayu didaerah lain masih rasional dan tidak mudah dipengaruhi.

Panas disangka sampai kepetang , rupanya hujan ditengah hari.

PRU16 masih jauh, macam macam boleh terjadi dan berubah dalam jangka masa ini.

Dari apa yang dilihat melalui kes kes terhadap kepimpinan BERSATU dan Tun Mahathir sendiri, rasanya keadaan dan kedudukan PAS umpama sebuah lori sarat muatan sedang mendaki bukit.

Itu lah stuasi nya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button