MotoGP: Luca Marini sambar petak utama GP Indonesia

MotoGP: Luca Marini sambar petak utama GP Indonesia

MotoGP: Luca Marini sambar petak utama GP Indonesia
MARINI berjaya melakukan catatan masa terpantas pada sesi kelayakan untuk memulakan perlumbaan di petak pertama buat kali pertama dalam kariernya di Mandalika. – AFP

MANDALIKA – Pelumba pasukan Mooney VR46 Racing, Luca Marini menampilkan tunggangan sensasi apabila menyambar petak hadapan pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Indonesia di Litar Mandalika semalam.

Selain meraih petak hadapan, dia juga melakar sejarah tersendiri apabila melakukan catatan masa 1 minit 29.978 saat, iaitu rekod pusingan terpantas yang pernah dilakukan di litar tersebut.

Mengiringi Marini di barisan hadapan pada perlumbaan hari ini adalah dua pelumba dari pasukan Aprilia, iaitu Maverick Vinales yang akan bermula di petak kedua, diikuti Aleix Espargaro di petak ketiga.



“Walaupun jentera sentiasa ada masalah tetapi saya semakin selesa dengan jentera. Semalam (kelmarin) kami ada masalah, namun ia dapat diperbaiki pada pagi ini (semalam), jadi saya sangat selesa.

“Saya percaya perlumbaan sebenar esok (hari ini) akan menjadi sangat sukar kerana Aprilia cukup kuat di sini. Mereka memiliki cengkaman cukup baik ketika selekoh, namun saya akan cuba berikan yang terbaik,” kata Marini sebaik tamat sesi kelayakan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat


Dalam pada itu, situasi sukar dihadapi pendahulu kejuaraan, Francesco Bagnaia pada sesi tersebut apabila gagal melepasi kelayakan pertama, sekali gus menyaksikan dia bakal memulakan perlumbaan hari ini di petak ke-13.

Keadaan itu membuka ruang buat Jorge Martin dari pasukan Pramac Racing untuk terus mencabar Bagnaia dalam perebutan takhta kejuaraan musim ini apabila dia akan bermula di petak keenam.



Perlumbaan hari ini pasti menyajikan aksi menarik memandangkan Bagnaia hanya memiliki kelebihan tiga mata ke atas Martin dalam carta kejuaraan dunia dan kedudukan itu dijangka bakal berubah. – AGENSI

MotoGP: Luca Marini sambar petak utama GP Indonesia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker