PAS  Tersepit dengan lamaran Anwar

 

Oleh Adam Malik

 



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun membuat lamaran kepada Parti PAS untuk menyertai Kerajaan Perpaduan , menurut sebuah laporan.

Namun , lamaran DSAI itu tidak diterima atau direspon sereta merta oleh PAS pada waktu lamaran itu dibuat.

Menjemput PAS kedalam Kerajaan Perpaduan sebenar nya sesuai dengan pendirian dan prinsip Kerajaan Perpaduan.

Sehingga kini PAS masih tersepit dengan pelbagai ikatan baru yang telah dibuatnya demi survival politik PAS sendiri.



Komitment PAS bersama Tun Mahathir misal nya telah mengikat PAS perlu terus akur kepada kehendak Mahathir.

 

Tamnbah lagi, PAS sudah komited secara langsung dengan Mahathir dengan melantik nya sebagai penasihat kepada Empat Negeri PAS (SG4)



Ada pihak menganggap lamaran Anwar terhadap PAS adalah percaturan politik DSAI setelah mengetahui dilema PAS.

Ia juga sekadar membuat Tun Mahathir merasa tergugat dan bakal dipinggirkan.

Bagi pihak Barisan Nasional , ia pula ada pendapat tersendiri berkenaan hal ini.

BN melalui Pengerusi nya Datuk Ahmad Zahid Hamidi beranggapan untuk PAS menerima lamaran atau membuat sebarang keputusan menyertai, PAS paling perlu lakukan adalah berubah sikap terlebih dahulu.



 

BN , melalui Zahid Hamidi telah memaklumkan kepada PAS baru baru ini  tentang sikap PAS sering berubah pendirian

Zahid membangkitkan bagaimana PAS dalam menjalin hubungan dengan BN dan UMNO, sempat lagi secara sulit membuat hubungan dengan Parti BERSATU .

Di situ sahaja sudah cukup membuktikan bahawa PAS miliki perangai yang tidak boleh dipercayai.



Maka, tidak mustahil jika PAS mahu terima lamaran DSAI , PAS akan menodai nya semula kerana masih berbaik dengan BERSATU dan Mahathir.

PAS juga miliki rekod ikut siapa yang menguntungkan mereka .
Maka, apabila Anwar menyatakan tawaran kepada PAS masih terbuka. PAS masih sukar untuk buat keputusan atas sikap sikap hipokrasi yang mereka miliki.

\

PAS juga amat jarang bertindak kerana pendirian agama , bahkan sentiasa mengambil pendirian politik.



Maka, tidak salah lah apabila Ahmad Zahid meluahkan perasaan sangsinya terhadap PAS kerana ia bukan berdasar pendapat politik semata mata, kerana BN dan UMNO khusaus nya pernah melalui pengalaman bersama PASn dan pernah menjadi Mangsa PAS.

PAS bukan parti Ahli, tetapi Parti Pemimpin , tidak seperti UMNO dan Ahmad Zahid yang perlu melalui MKT untuk apa apa keputusan.

Mahathir hanya perlu memegang tengkok kepimpinan PAS seperti Haji Hadi, Tuan Ibrahim , Dan beberapa lagi , cukup untuk memegang seluruh Parti PAS.

 

 

 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading