Israel nafi gencatan senjata untuk bawa masuk bantuan ke Gaza

Israel nafi gencatan senjata untuk bawa masuk bantuan ke Gaza

Israel nafi gencatan senjata untuk bawa masuk bantuan ke Gaza
TENTERA Israel bergerak ke sempadan Gaza di selatan Israel. FOTO AFP.

Selepas 10 hari berperang dengan Hamas, pejabat Benjamin Netanyahu berkata, serangan masih berlangsung.

“Pada masa ini tiada gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan di Gaza, sebagai balasan untuk memindahkan warga asing,” kata kenyataan itu yang dilapor AFP.

Sementara itu, jurucakap Hamas, Izzat El Reshiq memberitahu Reuters tidak ada kebenaran untuk laporan mengenai pembukaan sempadan Rafah dengan Mesir mahupun gencatan sementara.



Sumber keselamatan Mesir memberitahu Reuters sebelum ini bahawa persetujuan telah dicapai untuk membuka lintasan sempadan bagi membolehkan bantuan masuk ke kawasan itu mulai 0600 GMT.

Ketua pejabat media kerajaan Hamas, Salama Marouf berkata, mereka belum menerima sebarang pengesahan daripada pihak Mesir mengenai niat untuk membuka lintasan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Prosiding Timbang Tara Goldman Sachs Buatkan Muhyiddin Kepanasan, Mengapa?


Sementara itu, menurut Kedutaan AS di Israel, keadaan di Rafah semakin lemah, malah tidak dapat diramalkan bila laluan itu akan dibenarkan dibuka bagi tujuan transit.

Namun katanya, orang ramai yang berasa yakin dan selamat untuk menyeberangi laluan itu, boleh berbuat demikian.



Kementerian Kesihatan Mesir dalam satu kenyataan berkata, ia meningkatkan tahap kesiapsiagaan di hospital di beberapa wilayah bagi menangani situasi di Gaza.

Israel nafi gencatan senjata untuk bawa masuk bantuan ke Gaza

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hanya Malaysia Yang Kenakan Cukai Atas Duit Yang Di Dakwa Di Curi

 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker