Ada kah pihak yang masih percaya kepada penjelasan Mahathir berkenaan Kes cukai Najib?
Oleh Adam Malik
Bersungguh sungguh Mahathir cuba memberi penjelasan berkenaan keputusan cukai terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Sambil itu, Mahathir cuba cuci tangan dan cuba perlihat dirinya tiada terbabit dan tiada kena mengena.
Cara Mahathir cuba beri penjelasan terhadap cukai yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Razak adalah sama juga dengan cara Mahathir berlindung dibelakang keputusan Hakim yang menjatuhkan hukuman terhadap Najib Razak.
Maka , apa apa yang hendak dibincang berkenaan nya , Mahathir hanya perlu perguna konon Sembilan orang Hakim telah menjatuh kan hukuman terhadap Najib dan beliau konon nya tidak terbabit.
Maka . dalam hal terkini didalam ‘spat’ antara Dr Puad Zarkashi dan Mahathir, sama juga Mahathir hanya perlu berlindung belakang keputusan hakim yang menjatuh hukum terhadap kes percukaian Najib dan Mahathir tidak terkait.
Namun, ini semua hanya untuk Mahahir syok sendiri dengan taktik purbanya sahaja.
Demi menjawap kepada kritikan Dr Puad bahawa Mahathir ada campurtangan, Mahathir hanya mampu menjawap Dr Puad sekadar ‘Meroyan” sahaja.
Sambil itu Dr Puad terus menambahkan fakta berkenaan kes cukai terhadap Datuk Sharil Samad yang Mahathir gagal menjawap.
Mahathir masih menyangka beliau mudah perlekehkan rakyat dengan tulisan tulisan nya .
Puad Zarkashi turut membangkitkan hal Peguam Negara Tommy Thomas yang Mahathir sendiri lantik dan Tommy turut sama menulis berkenaan kepincangan perlantikan para hakim yang tidak ikut prosidur dan campurtangan Mahathir.
Bab ini Mahathir terdiam pula.
Umum harus ingat berkenaan peristiwa contoh dimana Mahathir suka campurtangan dalam urusan negara dan Kerajaan pergunakan pihak ketiga.
Kisah dimana Mahathir mengarahkan mendiang Gopal Sri Ram kerumah mantan Peguam Negara Tan Sri Appandi Ali untuk menangkap Datuk Seri Najib Razak dengan memberi maklum kepada TS Appandi bahawa Polis sudah sedia menunggu arahan.
Ini mendatangkan persoalan, Siapa Mahathir untuk memberi arah kepada Sri Ram dan TSAA sedangkan beliau bukan Perdana Menteri dan tiada hak mengarahkan polis?
Kedua, ini juga satu pembuktian cara Mahathir beroperasi perguna pihak lain.
Ini mudah dilihat jika ada apa apa yang terjadi kemudian, yang perlu menjawap ada lah TSAA , Sri Ram dan Pegawai polis.
Mahathir hanya perlu jawap “saya tidak tahu” atau “kemukakan lah bukti jika saya terbabit”.
Rakyat sudah masak dengan cara kuno Mahathir ini.
Maka, apabila pertelingkahan terbaru Mahathir dengan Dr Puad berkenaan cukai Najib ini, rakyat usah pening kepala memikir lagi.
Semua contoh sudah ada siapa Mahathir itu.
Mungkin, Mahathir beri respon kepada Puad semata mata untuk divert kes terbaru 1MDB dimana kecoh pembabitan Muhyiddin Yassin dan Peguam nya Rosli Dahlan .
Mungkin juga melayan Puad lebih selamat dari menjawap berkenaan kenapa Zeti Aziz belum didakwa atau kes Memo bocor pejabat Peguam Negara.