EPL: United bangkit buru impian ke pentas Eropah

EPL: United bangkit buru impian ke pentas Eropah

EPL: United bangkit buru impian ke pentas Eropah
UNITED berjaya meraih tiga mata penting ketika menentang Newcastle untuk membolehkan peluang mereka ke pentas Eropah masih terbuka. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag mengakui pasukannya perlu melupakan musim ini, namun positif dengan peluang pada masa depan selepas melihat potensi para pemain serta masalah yang dihadapi sepanjang kempen kali ini.

Awal pagi semalam menyaksikan United berjaya menewaskan Newcastle United 3-2 untuk aksi terakhir mereka musim ini di Old Trafford dan ketiga-tiga gol dihasilkan oleh kesemua pemain muda mereka, Kobbie Mainoo, Amad Diallo dan Rasmus Hojlund.

“Saya melihat aspek positif, pasukan yang mempunyai potensi besar untuk dibangunkan dan saya memahami masalah yang menyebabkan kami gagal bermain dengan baik musim ini. Tidak ada pasukan yang mampu cemerlang apabila hilang empat pemain pertahanan utama akibat kecederaan.



“Hojlund juga tiga kali cedera, (Marcus) Rashford juga mengalami nasib yang sama. Jadi, kami berdepan masalah sepanjang musim yang memberi impak negatif kepada keputusan yang kami capai dalam perlawanan.

“Namun, anda boleh melihat pemain memberikan persembahan, progres dipamerkan pemain muda yang sangat positif, tetapi saya tidak dapat menjelaskan mengenainya kerana pada akhirnya banyak pihak menjangkakan kami memenangi kejuaraan,” katanya.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS mungkin keluar PN untuk bersama PH.


United ketika ini kekal di kedudukan kelapan biarpun mencatat kemenangan pada aksi kali ini, namun menyamakan kutipan 57 mata dengan Newcastle di kedudukan ketujuh yang mungkin menjadi slot terakhir ke saingan pentas Eropah bagi kempen Liga Konferens Europa.



Sekiranya skuad kendalian Ten Hag berjaya menjuarai Piala FA menentang Manchester City pada 25 Mei ini, mereka akan layak beraksi di Liga Europa, namun sekiranya keputusan sebaliknya berlaku, mereka perlu mendapatkan kedudukan ketujuh untuk ke Eropah.

United tidak pernah menamatkan saingan di kedudukan lebih rendah daripada tempat ketujuh sepanjang era Liga Perdana Inggeris dan perlu meraih kemenangan pada aksi terakhir menentang Brighton sambil mengharapkan Newcastle tercicir mata bertemu Brentford. – AGENSI

EPL: United bangkit buru impian ke pentas Eropah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Jadikan UiTM Sebagai Modal Politik




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button