EPL: Ledakan Salah buat Everton ‘menangis’

EPL: Ledakan Salah buat Everton ‘menangis’

EPL: Ledakan Salah buat Everton ‘menangis’
Mohamed Salah (kanan) meraikan jaringan gol yang dilakukan ke atas Everton sebentar tadi.

LIVERPOOL – Pasukan Liverpool mengesahkan status mereka sebagai ‘raja’ Merseyside selepas mendominasi derbi dengan menewaskan Everton 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, The Reds yang dikendalikan oleh Jurgen Klopp membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan dibarisi oleh Mohamed Salah, Diogo Jota dan Luis Diaz.

Skuad tuan rumah dilihat garang dengan melakukan beberapa siri percubaan tetapi asakan tersebut berjaya dikekang oleh pertahanan The Toffees.



Nasib Everton bertambah malang apabila pertahanan veteran, Ashley Young diarah keluar padang pada minit ke-37 selepas menerima layangan dua kad kuning ekoran mengasari pihak lawan.

Bersambung pada babak kedua, Liverpool dilihat lebih tenang mengatur serangan demi serangan dalam usaha memburu jaringan.

Penantian penyokong tuan rumah berakhir selepas Liverpool dihadiahkan sepakan penalti susulan keputusan Video Bantuan Pengadil (VAR_ pada minit ke-73.

Kesempatan itu disempurnakan oleh Salah yang tidak mempunyai masalah untuk menewaskan penjaga gol Everton, Jordan Pickford.



Salah ternyata menjadi duri dalam daging pasukan Everton apabila meledak gol kedua peribadinya selepas menerima hantaran Darwin Nunez pada masa kecederaan. – KOSMO! ONLINE

EPL: Ledakan Salah buat Everton ‘menangis’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button