Keadaan Rafizi stabil – Dr Zaliha
Keadaan Rafizi stabil – Dr Zaliha
Ipoh: Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memaklumkan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang mengalami serangan jantung kini dalam keadaan stabil.
Mengesahkan bahawa Rafizi dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), Dr Zaliha meminta rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan Ahli Parlimen Pandan itu.
“Alhamdulillah, saya dapat berita kelmarin, beliau semakin sihat, kita harap dalam masa terdekat beliau kembali bertugas, doakan yang baik-baik,” katanya ketika ditanya media mengenai keadaan terkini Rafizi.Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memaklumkan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang mengalami
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan sesi pertama Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Zon Semenanjung di ILKKM Sultan Azlan Shah, di sini, hari ini.
Difahamkan, Rafizi dimasukkan ke pusat perubatan itu selepas mengalami serangan jantung awal pada minggu ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sunnah Siapa Yang Hadi Awang Bawa, Sunnah Rasulullah Atau Sunnah Syiah?
- Benarkah Penjawat Awam Di Kuasai Kartel Beras?
- Isu 1MDB datang menghantui Muhyiddin, Rosli dan Zafrul.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?