Pura-pura sakit jantung, elak bayar bil
Pura-pura sakit jantung, elak bayar bil

Madrid: Seorang lelaki di Sepanyol ditahan selepas didapati memalsukan serangan jantung untuk mengelak daripada membayar bil di 20 restoran berbeza, lapor portal Independent.
Aidas J, 50, warga Lithuania dan tinggal di Alicante, menipu 20 kedai makan di kawasan itu dengan enggan membayar bil.
Pada setiap kejadian, dia secara tiba-tiba memegang dadanya dan jatuh ke lantai seolah-olah dia mengalami serangan jantung.
Bagi menjalankan aktiviti penipuannya itu, Aidas menyamar sebagai pelancong Rusia. Dia kemudiannya memesan beberapa jenis makanan pada menu sebelum enggan membayar, dedah akhbar Sepanyol, El País.
Lelaki yang sentiasa berpakaian kemas dan berjenama itu dikatakan memulakan hidangan dengan salad Rusia dengan beberapa gelas minuman wiski, diikuti dengan hidangan utama entrecote atau udang galah, seterusnya dengan lebih banyak wiski.
Namun, percubaan ke-20 Aidas gagal apabila pengurus restoran Buen Comer Moises Domenech mengetahui taktik itu apabila menyedari lelaki itu cuba melarikan diri.
“Ia sangat drama, dia berpura-pura pengsan dan merebahkan dirinya di atas lantai,” kata Domenech.
Aidas pernah memesan dua wiski dan paella makanan laut di El Buen Corner dengan jumlah bil mencecah 34.85 euro (kira-kira RM176).
Dia juga mendapatkan rawatan perubatan untuk ‘masalah jantungnya’ dan juga dimasukkan ke hospital.
Susulan kejadian terbaharu itu, dia diberkas polis.
Jurucakap Polis Alicante berkata, lelaki itu pernah ditangkap beberapa kali di bandar Alicante dan modus operandinya adalah sama.
Aidas kemudian dijatuhi hukuman penjara selama 42 hari, tetapi jenayahnya dianggap kecil kerana setiap bil adalah antara 13 pound sterling (kira-kira RM75) dan 60 pound sterling (kira-kira RM347).
Pura-pura sakit jantung, elak bayar bil
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sunnah Siapa Yang Hadi Awang Bawa, Sunnah Rasulullah Atau Sunnah Syiah?
- Benarkah Penjawat Awam Di Kuasai Kartel Beras?
- Isu 1MDB datang menghantui Muhyiddin, Rosli dan Zafrul.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :